Nikah Semasa Mengandung Sah Mazhab Syafi'i Panduan Undang-Undang Islam tentang Perkahwinan Ibu Mengandung

Mahkamah Rayuan baru-baru ni membuat keputusan yang anak luar nikah (tak sah taraf) boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapanya dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara juga (JPN) juga tak terikat dengan fatwa tersebut dalam menentukan bapa anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah.

“Fatwa, kami ulangi, bukan undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang serta tidak boleh dijadikan asas undang-undang bagi ketua pengarah pendaftaran negara untuk memutuskan nama bapa anak tidak sah taraf menurut Seksyen 13A (2) BDRA (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian).” –  Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Rayuan. Dipetik dari BH Online.

PDF)Panduan Undang Undang Islam Tentang Perkahwinan Ibu Mengandung title=PDF) HAMIL DILUAR NIKAH DAN STATUS NASAB ANAK (Studi Analisis Perspektif Imam Syafi'i Dan Imam Ahmad Bin Hambal) style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS9LkP9uIzWmVXumYEvtN2sNz6gWygmSTOu3B04LXXNDrY3yTGyQvolGIp-uAgL6E9FutI&usqp=CAU'; />

Disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan ni, ia menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani juga dilaporkan terkejut dengan keputusan dari mahkamah tersebut. Beliau juga tegaskan yang hukum Islam wajib dipatuhi seluruh umat Islam, sekalipun undang-undang dunia menolaknya.

Nikah Online Menurut Hukum Islam Dan Implikasi Pencatatannya

Tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mohon supaya ditangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan juga ditolak oleh mahkamah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita faham dulu apa yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana, fatwa berkaitan anak tak sah taraf dah dikeluarkan sejak tahun 1998 lagi.

Pada tahun 1998, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan anak luar nikah atau anak tak sah taraf (fail PDF). Dalam fatwa tu, antara perkara yang disentuh adalah berkenaan dengan maksud anak tak sah taraf, nasab (bin/binti) anak tak sah taraf, nafkah, pusaka dan banyak lagi. Berikut adalah tafsiran anak tak sah taraf (anak luar nikah).

Persetubuhan syubhah disini bermaksud persetubuhan yang dilakukan atas anggapan akad nikah yang dilakukan adalah sah, tapi sebenarnya akad nikah itu tak sah. Contohnya, satu pasangan ni berkahwin dan melakukan hubungan suami isteri. Tapi lepas tu diorang dapat tahu wali ketika diorang menikah sebenarnya bukan wali yang sah.

Syarat Menjadi Saksi Nikah Dalam Islam

Untuk maksud yang kedua berkenaan dengan 6 bulan 2 lahzah mungkin ada yang agak keliru sikit. Tapi perkara ni ada diterangkan oleh Prof Madya Dr. Paizah Hj. Ismail,  Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apa yang dimaksudkan dalam hal ini adalah, apabila seseorang wanita itu telah berzina dan kemudiannya berkahwin, anak yang dikandung itu mestilah lahir dalam tempoh masa 6 bulan dan ke atas dari tarikh perkahwinan. Barulah anak tersebut boleh diiktiraf sebagai anak yang sah. Tapi, kalau anak tersebut lahir sebelum 6 bulan dari tarikh perkahwinan, maka anak tersebut adalah anak luar nikah (anak tak sah taraf).

“Tempoh perkahwinan yang boleh menjadi asas kepada sah taraf anak ialah anak itu lahir dalam masa 6 bulan dan ke atas dari (tarikh perkahwinan). Katakanlah, A berkahwin dengan B dan kemudian selepas tiga bulan dia (si isteri) melahirkan anak. Maka anak itu tidak boleh dinisbahkan (dibin atau dibintikan) dengan bapanya itu, kerana tempoh perkahwinan itu tak cukup 6 bulan.” – Prof Madya Dr. Paizah Hj. Ismail,  Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Dipetik dari Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Confius. Betul Ke Kalau Nikah Masa Kita Mengandung 8 Bulan A

Menurut Prof Paizah lagi, jika seseorang itu berkahwin dan kemudiannya melahirkan anak dalam tempoh masa 6 bulan dan ke atas dari tarikh perkahwinan, anak tersebut adalah sah dan boleh dinisbahkan (dibin atau dibintikan) kepada suami wanita berkenaan secara automatik. Walaupun, jika anak tersebut bukan dari benih lelaki terbabit.

“Kecuali sekiranya pihak suami menafikan anak tersebut sebagai anaknya. Misal kata, ketika dia (wanita) berkahwin, sebenarnya dia sudah mengandung. Si suami pula tidak tahu yang si isteri ini sudah mengandung. Selepas 9 bulan si isteri melahirkan anak. Dari segi Islam, anak itu boleh disah tarafkan dengan suami tersebut (sebab lahir dalam masa 6 bulan dan ke atas lepas kahwin). (Tapi) Kecuali si suami tadi menafikan ‘ini bukan anak aku’…dengan apa yang diberi nama lian (sumpah laknat).” – Prof Madya Dr. Paizah Hj. Ismail,  Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Dipetik dari Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Maknanya kat sini, jika anak tu lahir dalam tempoh masa 6 bulan dan ke atas dari tarikh perkahwinan, anak tersebut adalah sah dan boleh dibin atau dibintikan dengan nama suami si ibu.

Anak Luar Nikah: Taraf Mahram, Hukum Berkahwin & Kesannya

Oleh itu, jelas sekali asas kepada sah atau tidak sah taraf anak adalah bersandarkan kepada perkahwinan. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan lagi, anak tak sah taraf tak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tak boleh pusaka mempusakai, menjadi mahram dan tak boleh jadi wali.

Hal ini mungkin agak mengejutkan, tapi ia sememangnya adalah dari pendapat Imam Syafie. Jika kita melihat dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ia jelas mengatakan wuduk anak perempuan (yang luar nikah) dengan lelaki yang merupakan bapanya adalah terbatal. Hubungan antara mereka berdua juga adalah berasaskan bapa tiri dengan anak tiri walaupun lelaki tersebut adalah bapanya yang sebenar.

DOC)

Berkenaan dengan pendapat Mazhab Syafie tentang hukum anak luar nikah berkahwin dengan bapa biologinya, ia dihukum sebagai boleh tetapi makruh. Bagaimanapun, pendapat ini pernah dibantah oleh Pejabat Mufti Mesir (Darul Ifta’ alMisriyyah), seperti mana Fatwa Muhammad Abduh (1932), Fatwa Hasan Ma’mun (1957), Fatwa Ali Jad al-Haq (1981) kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.

Pdf) Konsepsi Imam Syafi'i Tentang Ittihadul Majlis Dalam Akad Nikah

“Pandangan ini telah dikritik oleh banyak ulama…Di dalam Islam ini, kalau sekiranya anak susuan, kita tak boleh kahwin (dengan dia) kerana dia menyusu dengan isteri kita. Adik beradik susuan pun kita tak boleh kahwin. (Contohnya) dia menyusu dengan ibu kita ataupun dia menyusu dengan perempuan yang sama kita menyusu dengannya. Sama ibu susuan, kita tak boleh kahwin. Kalaulah kerana ibu susuan Islam tak benarkan, kata Ibnu Taimiyyah, bagaimana untuk kita benarkan berkahwin dengan bapa sendiri, walaupun memang salah kerana dia tak akad nikah, tapi dari segi hakikatnya dia adalah bapa biologinya.” – Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Hukum mengenai anak luar nikah boleh berkahwin dengan bapa biologinya sebagai makruh mengikut Mazhab Syafie juga terpakai di Malaysia pada hari ini. Pendapat ini juga menunjukkan tegasnya Mazhab Syafie dalam menafikan hubungan anak zina dengan bapa zina.

Bagaimanapun, ia tetap dibantah oleh Rumah Fatwa Mesir dengan alasan ia bercanggah dengan roh Islam yang membuka pintu taubat dan menggalakkan manusia kembali ke pangkuan Islam.

Mahu Rujuk Talak Tiga

Tapi, perkara ini ada dijelaskan oleh Ustaz Zamihan al-Ghari. Katanya, majoriti ulama berpendapat seorang penzina tak boleh berkahwin dengan anak hasil zinanya. Imam Syafie juga pernah berkata:

Sebahagian ulama Mazhab Syafie menjelaskan yang Imam Syafie bagi hukum makruh dalam hal ni jika ada kemungkinan anak tu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tapi jika memang dah pasti itu benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu.

Izin

Kalau kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Islam diletakkan sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan. Dalam waktu yang sama, perlembagan juga menetapkan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri. Ini kerana, Sultan adalah Ketua Agama bagi negerinya.

Munakahat, Muamalat, Jenayah

Setiap negeri juga mempunyai institusi mufti mereka tersendiri yang bertanggungjawab bagi nasihat kepada Sultan dalam hal agama, mengeluarkan fatwa dan membantu jabatan agama Islam negeri. Oleh kerana itu, setiap negeri ada Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing. Jawatankuasa ni jugak ada macam-macam nama seperti:

Itu kat peringkat negeri, manakala kat peringkat kebangsaan pulak kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis ni jalankan tugas dengan dua cara iaitu:

Tugas Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah membantu dan menasihati sultan – sultan dalam menyelesaikan persoalan semasa mengenai hukum syarak dan mengeluarkan fatwa atas permintaan orang awam yang memohon kepada mufti dalam satu-satu perkara.

Izin Ku Menulis: Isu Tidak Sahnya Perkahwinan Dengan Wanita Hamil (seperti Yang Disebarkan Menerusi Media Sosial)

Setiap dari fatwa tu jugak hanya dianggap terikat dengan undang-undang sekiranya ia diwartakan (di peringkat negeri). Tapi pandangan atau kenyataan bertulis Mufti tak terikat dengan undang-undang sebab ia bukan fatwa dan tak diwartakan.

Sekretariat (urus setia) Majlis Fatwa Kebangsaan terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Keputusan dari majlis ni dibuat dengan cara sebulat suara atau dengan majoriti 2/3 dari kalangan ahli (mufti/wakil), kecuali pengerusi dan ahli dari perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

-

Tapi malangnya, keputusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan tak terikat dengan undang-undang. Malah, keputusan dari majlis ni jugak tak terikat dengan negeri sekiranya negeri tu tak terima fatwa tersebut untuk diwartakan. Ini kerana, selalunya fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk dibincangkan semula.

Hukum Berkahwin Dengan Anak Tidak Sah Taraf

Disebabkan perkara inilah maka berlakunya konflik di antara fatwa kebangsaan dan fatwa negeri. Seperti mana yang pernah jadi bila Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan modul kursus motivasi anjuran  ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) yang didakwa bawa kerosakan akidah pada umat Islam. 

Tapi, Majlis Fatwa Kebangsaan pulak bagi lampu hijau kat ESQ dengan syarat diorang kena lantik Penasihat Syariah untuk awasi aktiviti diorang. Hal ini juga berlaku dalam kes nasab anak luar nikah.

Pada 26 Disember 2013, Perlis mewartakan keputusan fatwanya tentang anak tak sah taraf  yang lahir kurang dari 6 bulan dari tempoh perkahwinan.

Iddah Dan Rujuk

“Dalam warta itu menyebut, mengikut Peruntukan Subseksyen 48 (6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), setelah diperkenankan oleh Raja Pemerintah dan memaklumkan kerajaan negeri, dengan ini menyebabkan fatwa berikut disiarkan iaitu: “Anak yang lahir kurang enam bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.” – Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Hal ini bermaksud, kalau sesuatu pihak tu terlanjur dan diorang berkahwin, seterusnya empat atau lima bulan kemudian si isteri melahirkan anak, maka anak tersebut boleh dinasabkan dengan bapanya (sedangkan persetubuhan berlaku sebelum perkahwinan). Bagaimanapun, fatwa ini melarang anak luar nikah dinasabkan kepada bapanya sekiranya tak ada perkahwinan antara pasangan terbabit atau si bapa/suami menafikan anak itu adalah anaknya.

-

Dr Asri juga tegaskan fatwa ini dikeluarkan berasaskan pandangan para ulama seperti Hasan al-Basri, Ibnu Khair, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Utsaimin

Anak Tak Sah Taraf Mengikut Hukum Syara'