Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.
Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai.
Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
Kebodohan Dalam Pelaburan Emas Yang Perlu Dielakkan
Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.
Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut.
Jika anda mahu ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 10% jika jual balik.
Pelaburan Emas: Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pinjaman Ar Rahnu
Namun, anda tak perlu risau sebab sekarang dah ada emas pelaburan yang mesra Ar-Rahnu dan boleh diterima di mana-mana kedai atau bank yang ada kemudahan Ar-Rahnu.
Sebagai contoh Dinar emas 999.9 jenama Public Gold ini memang mesra Ar-Rahnu kerana boleh dikeluarkan dari kapsul dan dipegang, dibelek dan diuji ketulenannya.
Goldbar ini dikenali sebagai siri BungaMas (seperti di gambar). Anda boleh keluarkan jongkong emas daripada kapsul untuk dipegang dan diuji di mana-mana Ar-Rahnu di Malaysia.
Gadai Emas Di Pos Arrahnu
Untuk emas Public Gold, anda tak perlu untuk bawa resit belian. Memadai bawa emas dan emas Public Gold dikeluarkan dalam bentuk seal bersama sijil seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Daftar keahlian di Kedai Emas Public Gold atau secara percuma tanpa yuran keahlian di sini.
Selepas anda berjaya login sementara, anda boleh lihat katalog dinar dan goldbar yang mesra Ar-Rahnu (emas tanpa seal bersama kad) dan goldbar LBMA 100 gram ke atas turut mesra Ar-Rahnu.
Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan . (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)
Kerajaanemas.com: September 2013
Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.
Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.
Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.
Emas Malaya 525: Kaedah Pengiraan Pinjaman Ar Rahnu Agro Bank
Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.
Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.
Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.
Rangkaian Emas Global
Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda berhati-hati sebelum menyertai skim manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu ini. Anda boleh dapatkan kemahiran pelaburan emas Ar-Rahnu melalui mereka yang berkemahiran di sini.
Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.
Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji.
Tempat Pajak Emas Terbaik Untuk Gadai Emas Atau Perak
Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100, 000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100, 000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.
Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Saya bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.
Pelaburan Emas Secara Ar Rahnu
Dulu saya hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika anda nak mulakan pelaburan emas, pastikan melabur dengan berilmu.
Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan24K serendah RM100 atau 1gram sebulan!Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terusSimpan emas sekarang!
Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan bolehdaftar percuma di sini.
Pajak Gadai Ar Rahnu Emas Pelaburan
Pilihan B– Ambil peluang promosi dealer emas.. Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagaiDealerdan dapatinsentif 1.0% – 1.5%untuk setiap pembelian emas berikutnya. Jika berminat terus layariPromosi Dealer Emas Sekarang!
Dapatkan bukuMenyingkap Rahsia Pelaburan Emasoleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda.Menyingkap Rahsia Pelaburan EmasNak tahu cara pajak gadai Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai segera? Anda ada emas dan tercari-cari sistem pajak gadai yang patuh syariah dan mudah? Pada hari ini terdapat banyak kemudahan pajak gadai cara Islam seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya.
Harap anda bersabar dahulu dan baca mengenai pengalaman isteri dan saya mendapatkan duit tunai segera dalam masa tak sampai 20 minit! Tak perlu penjamin dan nama anda tidak direkodkan CCRIS atau CTOS.
Harga Emas Ar Rahnu Yapeim Yang Terkini Ar Rahnu Yapeim
Bagaimana caranya? Melalui pajak gadai Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd. Walaupun namanya ada nama Pulau Pinang, tapi pajak gadai Ar-Rahnu dah boleh dibuat di semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan duit tunai segera daripada kemudahan pinjaman peribadi / pembiayaan peribadi cara Islam yang patuh syariah.
Ya! Betul. Sudah semestinya anda perlu bawa emas atau perak ke cawangan Public Gold. Koperasi Dagang Emas (KDE) merupakan Ar-Rahnu pertama yang menerima perak / silver bar sebagai barang cagaran untuk anda mendapatkan duit tunai pinjaman segera. Anda hanya perlu bawa emas atau perak yang anda miliki beserta dengan resit belian serta kad pengenalan anda. Jika anda ada emas / perak jenama Public Gold, tiada resit belian pun tak mengapa.
Nota: Jika anda masih tiada emas / perak pelaburan jenama Public Gold, sila dapatkan emas / perak jenama Public Gold 24K LBMA tanpa GST di sini .
Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan Ni Terlebih Dulu!
Serahan emas / perak pelaburan jenama Public Gold tak perlu resit belian asal untuk mulakan pajak gadai Ar-Rahnu di Koperasi Dagang Emas (KDE).
Sudah semestinya anda tak mahu ambil cuti sehari untuk ke bank atau pejabat Ar-Rahnu kerana cawangan terlalu jauh dan masa operasi yang terhad kepada waktu Isnin hingga Jumaat sahaja.
Alhamdulillah anda tak perlu risau sebab tadi, saya dan isteri sampai di cawangan Public Gold Sungai Petani sekitar jam 12.00 tengahari dan pejabat beroperasi bermula 9 pagi sehingga jam 1 petang setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga. Jika hari biasa (Isnin – Jumaat) waktu operasi bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Perkongsian Pelaburan Emas Ar Rahnu Di Malaysia
Oleh itu anda tak perlu rugikan kemudahan cuti atau terpaksa beratur menunggu giliran yang panjang pada waktu puncak operasi di bank komersial seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya. Malah, nama anda terdedah kepada rekod CCRIS dan CTOS sebagai peminjam di Bank Negara Malaysia. Jika anda bekerja makan gaji samada swasta atau kerajaan, berkemungkinan besar akan susah membuat pinjaman lain.
Saya dan isteri pernah juga ke Ar-Rahnu Pos Malaysia pada hari Sabtu namun hampa kerana walaupun kaunter lain dibuka tetapi kaunter Ar-Rahnu tidak dibuka pada hari Sabtu.
Tak perlu susah-susah bawa macam-macam salinan surat majikan / slip gaji / tandatangan surat perjanjian berpuluh-puluh muka surat. Cukup sekadar turunkan tandatangan, tulis nama penuh, nombor IC dan
Komentar