Jakimah Penunggang Motosikal Keperluan Jaket Keselamatan Semasa Perlumbaan

                Apa itu kelengkapan menunggang? Secara umumnya, pada pandangan orang biasa kelengkapan menunggang itu adalah topi keledar, lesen memandu, kad pengenalan dan cukai jalan. Akan tetapi, adakah itu mencukupi untuk kita sebagai penunggang motosikal? Jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman oleh pihak berkuasa, mungkin ya tetapi jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman pihak berkuasa DAN menjaga keselamatan serta nyawa, mungkin tidak sama sekali.

                Kebanyakan rakyat di Malaysia lebih suka menggunakan motosikal sebagai kenderaan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk lantas mengurangkan penggunaan masa di atas jalan raya untuk pergi ke sesebuah tempat terutamanya ke tempat kerja. Penunggang motosikal juga harus sedar bahawa kita lebih banyak terdedah kepada bahaya berbanding pengguna kereta atau kenderaan awam. Jadi apakah inisiatif kita sebagai penunggang motosikal untuk memastikan keselamatan diri?

BERNAMA

                Topi keledar adalah kelengkapan yang paling penting bagi penunggang motosikal malah ianya diwajibkan bagi setiap penunggang di Malaysia. Sesetengah orang mengambil ringan mengenai topi keledar. Sebagai contoh, ramai dikalangan penunggang tidak memakai topi keledar jika jarak perjalan terlalu dekat; 100 meter, 200 meter. Apakah tiada kesedaran bahawa bahaya itu boleh datang pada bila-bila masa? Selain itu, penggunaan topi keledar separuh juga boleh dikatakan

Keselamatan Semasa Menunggang Motosikal

Bagi sesetengah penunggang. Sudah terang lagi bersuluh yang topi keledar jenis itu sangat tidak sesuai untuk digunakan di atas jalan raya. Topi keledar yang bagus semestinya jenis

Agak mahal harganya. Ada juga sesetengah penunggang yang sudah memakai topi keledar yang sepatutnya TETAPI tidak mengikat tali dan membiarkannya berjuntaian. Tidak guna juga jika ada perlindungan tetapi tidak digunakan dengan betul.

Tetapi jaket menunggang yang sebenar. Ada juga yang mengejek-ejek penunggang yang memakai jaket kononnya seperti penunggang motorsikal berkuasa tinggi walhal cuma menunggang kapcai tetapi apakah kita sedar bahawa jaket itu memberikan perlindungan pada tulang belakang, tulang bahu, dada serta kulit badan? Terdapat banyak jenis jaket yang berada di pasaran sekarang, tidak seperti 10 tahun yang lalu yang mana jaket ini susah untuk didapati dan jika ada pun, harganya tidak kurang juga mahalnya. Kini terdapat banyak kedai yang membawa masuk jaket-jaket ini ke dalam pasaran Malaysia dan ianya terpulang pada kita untuk membeli atau tidak. Jika anda adalah penunggang motorsikal, anda perlu memikirkan tentang jaket ini dan mungkin anda patut memilikinya.

Lencana Penunggang Basikal

                Ini bukan sarung tangan berkebun tetapi sarung tangan khas untuk menunggang motorsikal. Sarung tangan yang bagus dapat melindungi pergelangan tangan anda dengan baik. Mengikut pengalaman, jika kita terjatuh dari motorsikal kita akan lebih cenderung untuk menahan tangan atau tapak tangan ke atas jalan raya. Jika anda sayangkan kulit dan tulang tangan anda, anda harus dapatkannya sepasang di kedai-kedai motorsikal berhampiran.

                Kasut adalah tidak asing bagi penunggang motosikal. Kebanyakan penunggang memang memakai kasut cuma sesetengah sahaja yang lebih selesa dengan berselipar. Bagi yang berkasut, itu adalah bagus tetapi bagi yang lebih suka berselipar, anda telah merisikokan keselamatan kaki anda. Tahukah anda dengan berkasut anda dapat melindungi kuku kaki, jari-jari kaki, kulit kaki, buku lali serta kulit kaki anda? Pasti ramai yang pernah mengalami tercabut kuku dan anda tahu bagaimana sakit dan peritnya untuk menghadapi situasi itu. Betapa pedihnya kulit yang luka jika terkena air. Adakah kita fikir akan semua itu?Kasut atau

Juga terdapat dalam pelbagai jenis. Ada yang menutupi hingga buku lali dan ada juga yang menutupi hingga tulang betis. Terpulang pada anda untuk memilih kasut/

Tip Keselamatan Bagi Penunggang Motosikal

                Pad adalah kelengkapan tambahan kepada seorang penunggang motosikal jika anda mementingkan keselamatan hingga ke tahap maksimum. Pad terbahagi kepada dua iaitu pad siku dan pad lutut. Anda pernah lihat orang muda yang bermain papan luncur atau sukan ektrem? Begitulah juga rupa pad untuk penunggang motosikal. Tidak banyak bezanya. Kelengkapan ini sangat diambil ringan bagi kebanyakan penunggang yang mungkin tidak mahu kelihatan obses dengan motorsikal. Anda perlu tahu bahawa pad-pad ini dapat melindungi siku dan lutut anda dengan baik. Materialnya adalah plastik yang keras dan mampu menghadapi hentakan. Ya, walaupun sakit jika terjatuh motorsikal dan terhentak lutut atau siku di atas jalan, tetapi sekurang-kurangnya pad-pad ini dapat melindungi tempurung lutut atau siku daripada kecederaan yang lebih sirius.

Tip

                Jika anda mahukan lebih perlindungan selain daripada kelengkapan-kelengkapan di atas, anda perlukan kelengkapan keenam ini. Insurans kemalangan diri ini walaupun tidak dapat memberikan perlidungan ketika kejadian berlaku, setidaknya ia dapat membantu anda dan keluarga selepas kemalangan. Insurans kemalangan diri biasanya akan melindungi bagi kes kematian dan kecacatan kekal. Walaupun anda telah menyiapkan diri dengan kelengkapan di atas, tetapi jika berlaku juga kejadian tidak diingini contoh anda hilang upaya kekal atau kematian, sekurang-kurangnya anda tidak mensia-siakan usaha anda untuk melindungi diri sebaik mungkin. Walaupun insurans motosikal anda memang dilengkapi dengan insurans kemalangan diri, tetapi tidak salah jika anda memiliki insurans kemalangan diri yang berasingan.

                Kita sebagai penunggang motorsikal di negara ini harus menitik beratkan tentang keselamatan diri. Jangan sesekali mengambil ringan tentang keselamatan anda dan biarkan apa kata orang ramai terhadap anda. Yang akan menanggung akibat adalah anda dan bukan mereka. Ingat, keselamatan dan nyawa anda terletak pada kesedaran dan usaha anda sebagai penunggang.Lebih dari seratus tahun yang lalu apabila perlumbaan motosikal mula diminati, para pelumba telah menyedari bahawa risiko terbesar dalam kejatuhan motosikal adalah kecederaan kaki. Oleh itu ia nya penting untuk menggunakan seluar menunggang yang tahan dan kuat bagi mengelakkan kecederaan.

Inovasi Keselamatan Dalam Motosikal Yang Sudah Wujud

Pada mulanya, pakaian perlumbaan motosikal disesuaikan daripada peralatan pakaian kereta kebal sejurus selepas Perang Dunia Pertama. Jaket kulit berpunggung lebar mula dipakai oleh unit polis trafik bermotosikal dan oleh penunggang tentera sewaktu Perang Dunia Kedua. Jaket motosikal American Perfecto dengan epaulet atau kelopak di atas bahu kemudiannya mula muncul digunakan oleh ramai penunggang selepas perang.

Selain pemakaian topi keledar atau helmet yang diwajibkan kebanyakan pelusuk dunia, setakat ini belum ada undang-undang di mana-mana negara yang mewajibkan pemakaian pakaian perlindungan, tetapi adalah amat disyorkan bagi semua yang menunggang di jalanraya.

Keselamatan

Untuk meningkatkan keselamatan sewaktu perlumbaan motosikal, ketika ini pemakaian peralatan perlindungan peribadi seperti pakaian pelindungan dan helmet adalah diwajibkan. Pakaian pelindungan ini termasuklah jenis jaket, sarung tangan, but, dan seluar tertentu. Jaket yang dimaksudkan untuk penunggang motosikal biasanya dibuat daripada kulit atau kain buatan manusia khusus seperti cordura atau Kevlar. Jaket ini biasanya dipasang pelapik atau padding di kawasan siku, tulang belakang, dan bahu.

Teganuku: Kempen Keselamatan Penunggang Motosikal Ke Terengganu

Sarung tangan umumnya diperbuat daripada kulit atau Kevlar dan ada pula yang mempunyai pad perlindungan serat karbon. But, terutamanya untuk tunggangan sports atau jalanan, akan dilengkapi pelapik dan tutup plastik di kawasan pergelangan buku lali dan jari kaki. Seluar biasanya diperbuat dari kulit, cordura, atau Kevlar.

Sut lumba kulit lazimnya adalah dari jenis dua keping iaitu jaket dan seluar yang dipakai oleh penunggang motosikal untuk perlindungan dalam kemalangan, atau jenis satu keping yang merupakan gabungan jaket dan seluar kulit yang bersambung. Namun begitu, untuk tujuan perlumbaan, anda mesti memakai sut perlumbaan kulit dari jenis gabungan atau satu keping, dan jenis dua keping tidak dibenarkan dalam perlumbaan motosikal. Sut perlumbaan biasanya dibuat dengan mengukur badan seseorang individu secara peribadi. Dalam kebanyakan kes, jenis sut perlumbaan kulit yang digunakan bukan kulit fesyen tetapi kulit pelindungan yang lebih tebal, kuat, dan hanya melentur atau fleksibel secara sederhana. Kini, sut perlumbaan yang diperbuat dari kulit kanggaru menjadi popular kerana ia nya ringan dan kuat berbanding sut perlumbaan dari kulit lembu. Tidak semua sut perlumbaan kulit yang digunakan adalah sama; produk yang diperbuat daripada kulit penuh, kulit teratas, kulit campuran, dan suede atau kulit dalam, mempunyai tahap ketahanan yang berbeza terhadap lelasan, serta daya terikan dan daya koyakan.

Kaedah yang paling diiktiraf untuk menilai pakaian dan sarung tangan perlindungan bagi motosikal adalah yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Eropah bagi Standardisasi (European Committee for Standardization). Pakaian standard EN13595-1:2002 dibahagikan kepada empat bahagian. Ia menggariskan keperluan umum pakaian untuk memenuhi tahap perlindungan tahap rendah (tahap 1) atau lebih tinggi (tahap 2) dengan penekanan kepada rintangan lelasan kesan, rintangan fabrik/jahitan, rintangan menusuk, muat, pengekalan dan keselesaan.

-

Nak Tahu? Ini 5 Sebab Kenapa 'riding Jacket' Penting, Perlu Ketika Menunggang!

Piawaian ini ditentukan dengan penggunaan penguji kesan abrasi jenis Cambridge. Ujian ini mengenakan pakaian atau sarung tangan ke tali sawat pelelas kasar yang bergerak pada kelajuan 28 km/jam dan mengukur masa yang diambil untuk membentuk lubang. Kaedah ini sering dikritik kerana tidak sama dengan keadaan sebenar di jalan raya, tetapi dengan menggunakan maklumat kerosakan kemalangan dan yang dilihat pada patung yang dicampak dari kenderaan yang bergerak untuk memastikan ujian mengulangi keadaandunia sebenar sehampir mungkin. Ujian ini menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara ketebalan kain dan tempoh masa yang diperlukan untuk membuat lubang pada produk perlindungan. Ujian lelasan kesan Darmstadt pula telah dibangunkan pada masa yang sama tetapi tidak diterima pakai oleh Jawatankuasa Eropah bagi Standardisasi.

Sut perlumbaan kulit merupakan pakaian perlindunganpenunggang motosikal pertama yang telah diuji menggunakan penguji lelasan kesan Cambridge, dan beberapa produk sut perlumbaan kulit yang sedia ada dalam pasaran telah disahkan sebagai memenuhi European Standard EN 13595-1:2002.

Sut perlumbaan kulit moden mempunyai perisai pelindung di bahagian dalam di kawasan terkesan utama seperti bahu, siku, pinggul, lutut dan tulang belakang. Standard Eropah untuk perisai pelindung ini adalah EN 1621-1: 2007 dan EN 1621-2: 2003. Pelindung ini diperbuat dari bahan penyerap tenaga dan penyebar beban yang merupakan busa atau buih getah kepadatan tinggi, polimer keras berpelapik busa, gentian karbon, titanium, dan bahan lain yang direka bentuk untuk mencegah atau mengurangkan kecederaan dengan menyebarkan dan meredam kesan impak dan daya terikan daripada memberikan kesan besar kepada pemakainya. Undang undang di Eropah mewajibkan kesemua perisai pelindung ini mempunyai tanda CE.

Peraturan Keselamatan Bagi Penunggang Basikal Pada Waktu Malam

Terdapat juga jaket motosikal

Pentingnya