Pantang Larang Semasa Sambutan Pesta Kaul Melanau Tradisi dan Adat yang Dihormati

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, perayaan, dan adat resam. Namun, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri.  Adat-adat ini diwarisi sejak zaman-berzaman dan tetap diteruskan hingga ke hari ini. Dalam Seminar Budaya Melanau I yang diadakan di Dewan Suarah Mukah pada 25 hingga 27 Julai 1988 dapat dikenal pasti sekurang-kurangnya ada enam kumpulan dialek Melanau dan mereka termasuk kumpulan kecil seperti Bliun, Kanowit, Balingian, Orang Miriek, Seduan, Segalang, Rajang, Paloh, Igan, Matu (Matu-Daro), Tatau, Segahan/ Preban, Segan (Bintulu), Siuteng (Mukah), Oya dan Dalat. Walaupun mempunyai kepelbagaian dialek, namun mereka tetap bersatu sebagai orang Melanau.

Kaul Melanau adalah salah satu perayaan popular yang disambut oleh masyarakat Melanau. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat seperti semangat tanah, hutan, laut, dan kebun mereka. Tidak kiralah anda Melanau dari mana, tetapi harus sambut pesta ini bagi menunjukkan anda seorang Melanau. Ini membuktikan masyarakat Melanau dapat dikenalpasti dengan pesta ini. Pesta ini disambut berlandaskan kalendar unik iaitu sistem kalendar yang berdasarkan kedudukan bulan. Bulan pertama dikenali sebagai pengejin dan upacara kaul diadakan pada bulan tersebut. Bulan-bulan lain dalam masyarakat Melanau ialah seperti bulan pengelawak umik, bulan pengelawak ayang, bulan pelepak, bulan paka umik, bulan pakar ayang, bulan pegalan, bulan suah, bulan pidai, bulan penangih, bulan pamelai dan bulan pengasiseang. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dalam penulisan buku oleh Jasmin Ahmad dan Nora Hj. Samat yang bertajuk Perayaan Pelbagai Kaum.

PerayaanLarang Semasa Sambutan Pesta Kaul Melanau Tradisi Dan Adat Yang Dihormati title=Perayaan Kaum Melanau style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTWeqZ3KakKsX-I-d5JRAeJZUhlYZ-Zqm6m1sXxf4GKL6CLnxhA78RZxGGsfHIz76BLS30&usqp=CAU'; />

Apabila upacara Pesta Kaul diadakan, seorang lelaki yang mempunyai kedudukan akan dilantik sebagai ketua dan digelar sebagai Bapak Kaul. Jawatan ini sangat penting dalam acara Pesta Kaul. Bapak Kaul ini berperanan sebagai orang tengah atau orang perantaraan yang menghubungkan ipok dan manusia. Dalam memastikan upacara Kaul ini berjalan mengikut peraturan dan adat turun-temurun  Bapak Kaul bertanggungjawab untuk memastikan upacara yang dijalankan betul. Tambahan juga, Bapak Kaul merupakan tonggak utama upacara Pesta Kaul ini. Beliau bertanggungjawab memujuk, merayu kepada makhluk halus atau ipok serta menghalau segala kejahatan dan malapetaka yang mungkin akan menimpa sesiapa sahaja malah bertanggungjawab memastikan pantang larang dipatuhi dan mereka yang ingkar akan dihukum.

Pesta Kaul Mukah 2018 Martabatkan Budaya Dan Adat Resam

Bapak Kaul ini berasal daripada keturunan Sepok di Dalat, Mukah. Menurut sumber, orang lain tidak boleh menjadi Bapak Kaul kerana  beberapa orang dari generasi ini telah menjadi Bapak Kaul dan amalan ini belum lagi dilanggar kerana penduduk takut sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka sekiranya mereka ingkar. Persediaan perlulah dilakukan sebelum Pesta Kaul dijalankan. Bahan yang diperlukan untuk dipersembahkan kepada ipok kala ialah bertih, kuih penyaram, beras kuning, papit, pais, rokok daun  nipah dan sirih pinang. Bahan–bahan tersebut akan diletakkan dalam tujuh buah bekas yang diperbuat daripada daun nipah dan bekas ini akan dimasukkan dalam talam yang dipanggil serahang. Kebanyakkan serahang dibuat oleh wanita kerana wanita dikatakan lebih teliti dan sesuai dengan sifat wanita yang lemah lembut. Serahang ini dibuat berdasarkan motif tertentu. Motif–motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat dan udara. Berdasarkan pemerhatian, serahang bukan sahaja memerlukan ketelitian yang tinggi tetapi juga kesabaran dan daya kreativiti yang bermutu dengan mengambil kira unsur tertentu dalam Pesta Kaul dan sistem kepercayaan masyarakat.

Tambahan juga, sumber turut menyatakan serahang berasal daripada perkataan ‘serahan’ iaitu barang persembahan kepada ipok. Serahang mempunyai ketinggian sekitar tujuh kaki yang mempunyai bentuk serta unsur-unsur tersendiri. Komponen yang terdapat pada serahang tersebut mestilah lengkap tanpa sebarang kecacatan kerana serahang yang tidak lengkap dan tidak sempurna akan mengundang kemarahan ipok dan akhirnya bala akan menimpa kepada sesiapa yang membuatnya.

           Penghulu atau wakilnya akan memukul gong atau canang tujuh hari sebelum upacara Pesta Kaul diadakan. Hal ini disebabkan, penduduk kampung dapat menyelesaikan kerja-kerja mereka di hutan mahupun di laut. Bukan itu sahaja, canang atau gong juga akan turut dipukul sekali lagi tiga hari sebelum kaul untuk mengingatkan penduduk kampung supaya menyelesaikan kerja mereka dengan segera dan memberi peluang kepada setiap keluarga untuk menyediakan makanan bagi jamuan pesta kaul dan turut menghias bahuong

Pesta Kaul Mukah Bermula Dengan Upacara Ritual Tradisi Serahang Kakan

           Selain itu, semua keluarga dari kampung yang terlibat akan turun membawa jamuan ke tempat upacara kaul. Setiap ahli keluarga dimestikan untuk menghadirkan diri kecuali orang yang telah uzur. Semua serahang yang telah dibuat akan didirikan di sekitar pantai atau muara sungai tempat pesta kaul itu diadakan. Upacara ini akan dimulakan dengan jampi mantera oleh ketua kaul yang ditujukan kepada ipok kala. Tujuh batang lilin akan dinyalakan. Tujuan lilin ini dinyalakan kerana kononnya untuk mewakili setiap lapisan bumi dan menerangi mereka yang telah meninggal dunia. Beras kuning akan ditabur oleh bapak kaul di sekitar kawasan serahang dan kepada barisan penduduk kampung yang sedang menghadapi makanan. Ketua kaul akan memberi arahan supaya hidangan dinikmati dan penduduk yang hadir turut boleh menikmati hidangan yang dibawa oleh keluarga lain kerana perbuatan ini sangat disukai oleh ipok kala dan dipercayai boleh menambah rezeki mereka yang melakukannya. Upacara ini dapat dibuktikan melalui buku Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

            Selesainya jamuan, ketua kaul dan pembantunya akan membawa serahang tersebut ke tempat yang dipercayai didiami oleh makhluk halus. Persembahan ini sangat penting bagi masyarakat Likau kerana untuk mengelakkan ipok yang mendiami kawasan tersebut marah sehingga boleh menimbulkan malapetaka. Setelah itu barulah acara hiburan akan diadakan.Antara acara hiburan yang akan diadakan ialah acara lumba perahu, pencak silat, main tibau, main gasing, mengalai dan tarian tradisional masyarakat Melanau seperti tarian buluh, tarian mengarang, dan tarian serahang.

Terdapat beberapa peraturan yang dikenakan semasa Pesta Kaul diadakan iaitu tidak dibenarkan keluar menangkap ikan pada waktu pagi di hari perayaan kerana Pesta Kaul ini menandakan bermulanya tahun baru serta dengan kata lain tamatnya, musim hujan dan nelayan boleh menangkap ikan kerana cuaca dijangka baik.

Oura Galaxy: Pesta Kaul; Aktiviti Ritual Masyarakat Melanau

Kesimpulannya, Pesta Kaul pada masa kini telah mendapat sambutan yang hebat dan telah disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti Tibou, pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai, persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti yang besar ini.Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pesta itu adalah simbolik bagi penyatuan kaum berkenaan.

SEJARAH

“Sebut sahaja Pesta Kaul semua orang tahu itu adalah sambutan atau perayaan bagi orang Melanau di Sarawak, ” katanya pada sambutan Pesta Kaul di Balai Raya Kampung Medong, Dalat baru-baru ini.

Konsul Jeneral Republik China di Kuching Fu Jijun berkata, di Sarawak tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama mereka tetap dapat menikmati sambutan perayaan yang diadakan melalui rumah terbuka dan sebagainya.

Oura Galaxy: Pesta Kaul: Tiada Seunikmu

“Sarawak adalah tanah bertuah yang didiami pelbagai kaum tetapi tetap dapat hidup harmoni dan apabila saat musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina ia disambut bersama kaum lain seperti Dayak, Melayu dan sebagainya.

“Begitu juga perayaan lain di mana rumah terbuka mereka dinikmati pelbagai kaum lain dan saya sendiri pernah menyatakan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari, Sarawak sepatutnya memohon untuk disenaraikan di bawah Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan untuk dinikmati, ” ujarya.

Pesta

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan perpisahan ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Dato Sri Wong Soon Koh di sini, semalam.

Pdf) Ritual Serarang: Analisis Hidangan Makanan Sebagai Simbol Komunikasi Bukan Lisan Masyarakat Melanau Likow Di Dalat, Sarawak

Katanya, untuk kekal bersatu kaum Cina perlu bekerjasama termasuk melalui parti politik seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

“Saya juga mahu berharap dapat melihat kedua-dua UPP dan SUPP bersatu serta bekerjasama kerana dengan menjadikan UPP dan SUPP satu, ia membantu menguatkan Barisan Nasional (BN) negeri memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum akan datang, ” katanya.

Beliau memberitahu, dengan demikian Sarawak akan menjadi kukuh dalam kerajaan persekutuan yang dipercayai mendapat lebih banyak manfaat untuk rakyat negeri ini daripada kerajaan pusat.

Pesta

Pesta Tradisi Itu Bertindak Sebagai Penyatuan Kaum Melanau Serta Masyarakat Lain

“Ada perubahan dalam cara ia disambut, tetapi yang penting kita semua dapat bersatu dan berkumpul satu bumbung meraikan pesta, itu yang lebiuh penting, ” kata Fatimah lagi.

Mengenai kemudahan sambutan pesta tersebut, beliau berjanji akan menaik taraf kemudahan dari semasa ke semasa dan begitu juga dengan pembangunan di kawasan kampung.