Vaksinasi Dewasa Ujian Kulit Sensitif Ujian Risiko Kanser Hati Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Ujian Risiko Kanser Kolorektal Ujian Risiko Kanser Paru-paruLihat Semua Alat Kesihatan
Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).Lihat Lebih LagiUjian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih LagiUjian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi
Nurul HalifahKehamilan•2 yearsTrimester 3Vicky YongKehamilan•2 yearsTahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil? Degaaul MichaelKeibubapaan•2 yearsWFH parentsAAmira ZulaikhaKeibubapaan•a yearBekal Untuk Anak
Talasemia:kebarangkalian Penyakit Talasemia Setiap Kehamilan (pembawa Dan Pesakit Talasemia)
Penyakit thalasemia merupakan satu kondisi yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin dalam darah. Keadaan kekurangan hemoglobin ini boleh menyebabkan pesakit talasemia menghidap anemia dan sukar untuk kekal sihat.
Disebabkan penyakit ini merupakan penyakit keturunan, sukar untuk anda mengelak daripada menghidap talasemia jika ibu bapa anda juga menghidap penyakit yang sama.
Individu yang menghidap talasemia perlulah mengambil vaksin yang disarankan seperti vaksin HPV, BCG, hepatitis A, hepatitis B dan lain-lain, termasuklah vaksinasi untuk virus demam selesema.
Anaemia Semasa Hamil
Pesakit talasemia yang mempunyai risiko tinggi untuk beberapa jenis jangkitan perlu melakukan vaksinasi mengikut jadual, lebih-lebih lagi pesakit talasemia yang telah menjalani pembedahan untuk membuang organ limpa (splenectomy ).
Penghidap penyakit thalasemia yang telah melakukan splenectomy juga perlu sentiasa membawa antibiotik ke mana sahaja mereka pergi. Antibiotik ini penting jika pesakit perlukan ubat segera jika mengalami demam ataupun gigitan binatang.
Pesakit talasemia mungkin perlu amalkan diet kurang zat besi. Sebagai contoh, zat besi banyak terkandung dalam makanan seperti daging merah, ikan dan beberapa jenis sayur-sayuran seperti bayam.
Kali Masuk Darah
Selain itu, elakkan juga makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi seperti produk tenusu, teh (seperti teh hitam), kopi, dan produk berasaskan soya.
Oleh itu, individu yang menghidap talasemia perlulah berbincang dengan doktor sama ada mereka perlu kurangkan jumlah zat besi dalam diet harian ataupun tidak. Semua ini bergantung kepada keadaan pesakit talasemia.
Pesakit talasemia digalakkan untuk mengamalkan diet yang mengandungi kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Sebagai contoh, pesakit boleh lebihkan makanan seperti susu, keju, dan kubis keriting (kale ) dalam diet seharian.
Inisiatif Kawal Talasemia
Walau bagaimanapun, sukar untuk penghidap thalasemia mendapat vitamin D yang secukupnya melalui pemakanan. Oleh itu, pesakit talasemia mungkin perlukan suplemen tambahan untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi.
Walaupun individu yang menghidap talasemia sukar untuk melakukan senaman berat, pesakit masih boleh lakukan senaman yang lebih ringan seperti berbasikal, berjoging dan berjalan.
Anda dan pasangan mungkin perlu berjumpa dengan doktor ataupun kaunselor supaya anda faham dan jelas akan risiko yang mungkin akan dihadapi jika anda merancang untuk mempunyai anak.
Rekod Kesihatan Ibu Kik1 A 96 Pind. 2020_
Is There a Special Diet for thalassemia? https://jandonline.org/article/S2212-2672(16)30326-4/pdf. Accessed September 9, 2020. What can a person living with thalassemia do to stay healthy? https://www.cdc.gov/ncbddd/talasemia/living.html. Accessed September 9, 2020. Thalassemia and Nutrition. https://www.childrensmn.org/educationmaterials/childrensmn/article/16680/talasemia-and-nutrition/. Accessed September 9, 2020. What is thalassemia? https://familydoctor.org/condition/talasemia/. Accessed September 9, 2020. Alpha thalassemia. https://kidshealth.org/en/parents/talasemias.html. Accessed September 9, 2020.
Sering Penat, Sukar Tidur Malam- Ini TANDA KETARA Anemia, Cepat Jumpa Doktor Jika Anda AlaminyaAnemia Sel Sabit, Penyakit Bahaya Yang Ada Had Umur, Pesakit Boleh Hidup Sampai Usia 40-an?Vaksinasi Dewasa Ujian Kulit Sensitif Ujian Risiko Kanser Hati Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Ujian Risiko Kanser Kolorektal Ujian Risiko Kanser Paru-paruLihat Semua Alat Kesihatan
Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).Lihat Lebih LagiUjian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih LagiUjian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi
Anemia Semasa Mengandung Disebabkan Talasemia: Ini 4 Risikonya!
Nurul HalifahKehamilan•2 yearsTrimester 3Vicky YongKehamilan•2 yearsTahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil? Degaaul MichaelKeibubapaan•2 yearsWFH parentsAAmira ZulaikhaKeibubapaan•a yearBekal Untuk Anak
Tahukah anda, berapa peratus pembawa thalassaemia di Malaysia? Di negara kita, 1 daripada 20 merupakan pembawa gen talasemia. Manakala, 44 daripada 10, 000 orang di dunia didapati membawa genetik yang sama. Talasemia juga adalah punca utama anemia semasa mengandung.
Talasemia bukanlah penyakit yang asing lagi di negara kita. Saban tahun, kerajaan telah menggerakkan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran tentang talasemia kepada masyarakat dalam setiap peringkat umur.
Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil: Ini Cara Atasinya!
Oleh sebab itu, pasti ramai yang sudah tahu bahawa dua pembawa gen talasemia tidak digalakkan untuk berkahwin. Jika kedua-dua pasangan membawa gen penyakit ini, mereka mempunyai 25% peluang untuk melahirkan anak yang menghidap talasemia.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud wanita yang menghidap talasemia tidak boleh hamil. Mereka boleh melalui kehamilan yang sihat dengan pemantauan rapi daripada doktor.
Apabila badan mengalami kekurangan hemoglobin, sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan betul. Penyakit ini juga membuatkan sel darah merah mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Vita Little Mom's: Kencing Manis Semasa Hamil Dan Risiko Pada Ibu Serta Kandungan
Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia alfa dan talasemia beta. Ini bergantung kepada protein jenis apa yang tidak cukup pada sel darah merah pesakit.
Talasemia juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan mengikut keseriusannya. Talasemia major merupakan bentuk yang paling serius manakala talasemia minor pula mempunyai simptom yang paling sedikit.
Namun, bolehkah wanita yang menghidap talasemia mengandung? Ya, namun mereka mungkin perlukan bantuan pakar sepanjang kehamilan kerana mereka lebih cenderung alami anemia semasa mengandung.
Penyakit Thalasemia: Tip Untuk Kekal Sihat Dan Jalani Hidup Berkualiti
Selalunya, doktor akan menggalakkan ibu hamil untuk mengambil 5 mg suplemen asid folik. Untuk pengetahuan ibu, talasemia boleh meningkatkan risiko spina bifida.
Wanita yang menghidap talasemia lebih berisiko alami komplikasi ketika kehamilan. Manakan tidak, organ penghidap talasemia perlu bekerja keras untuk memastikan pesakit tidak mengalami simptom yang teruk.
Malah, ibu yang menghidap talasemia juga lebih cenderung untuk mengalami diabetes gestasi. Oleh sebab itu, doktor akan melakukan pemantauan kadar gula dalam darah dengan lebih rapi.
Kulit Kekuningan, Perut Buncit Tanda Awal Anak Hidap Penyakit Genetik
Walaupun hamil, penghidap talasemia masih perlu meneruskan rawatan seperti biasa. Ini bermaksud, wanita yang perlukan transfusi darah perlu terus melakukannya untuk memastikan kandungan kekal sihat.
Sepanjang kehamilan, fungsi tiroid ibu akan dipantau oleh doktor. Ibu hamil juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk memastikan fungsi tiroid kekal normal sepanjang kehamilan.
Malah, ramai penghidap talasemia yang boleh melahirkan anak yang sihat. Ada juga wanita yang menjelaskan bahawa kehamilan yang dialami sangat normal walaupun menghidap talasemia.
Selain Hiv, Jangan Abaikan Ujian Talasemia Sebelum Berkahwin. Ini 5 Sebab Ia Penting
Anemia ialah musuh utama penghidap talasemia. Anemia semasa mengandung yang serius dan berpanjangan boleh menyebabkan bayi dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.
Thalassemia in Pregnancy. http://www.myhealth.gov.my/en/thalassemia-in-pregnancy/ . Accessed on April 28, 2022. Thalassemia and Pregnancy. https://www.aboutkidshealth.ca/Article?contentid=368&language=English . Accessed on April 28, 2022. Thalassaemia. https://www.nhs.uk/conditions/thalassaemia/diagnosis/ . Accessed on April 28, 2022. What is Thalassemia? https://www.cdc.gov/ncbddd/thalassemia/facts.html .Accessed on April 28, 2022. Thalassemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thalassemia/symptoms-causes/syc-20354995 . Accessed on April 28, 2022. Pregnancy in women with thalassemia: challenges and solutions. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5019437/ . Accessed on April 28, 2022.
Sebelum Kahwin, Tanya Dulu Pasangan Ada Talasemia Atau Tak, Ini Sebabnya!Ambil Asid Folik Untuk Tambah Darah, Ini Tip Buat Pesakit Penyakit Talasemia!
Komentar