Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dalam aktiviti berkebun. Banyak varieti sayur yang pelik dan unik hanya terdapat apabila kita tanam dengan biji benih. Untuk menanam varieti tumbuhan tersebut, kita perlulah kuasai cara pindah anak pokok tersebut dari awal sampai habis.
Ini soalan bagus apabila kita mula menanam pokok melalui biji benih. Memahami masa sesuai pemindahan ini mampu memberi kesan baik pada pertumbuhan tanaman kemudian hari. Pindah tanam atau bahasa Inggeris
Semaian Rahsia Kepantasan Pertumbuhan title=Teknik Pemberian Baja AB Pada Anak Pokok Cili Besar Atau Cili Api style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCQtH3h0WosAFXPnyDgIsoTHfzIt8zBXIZduMirryLWVDWcdZpIF5MZsicgxZVLQYFgog&usqp=CAU'; />
Jika kita mengubahnyake atas batasatau dalam pasu lainsebelum anak benihbersedia, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, anak benih akan cepat layu. Seterusnya akan mati akibat kekurangan air, terlebih cahaya matahari, atau kerosakan akar.
Ini Rahsia Pokok Cili Berbuah Lebat Merecik. Ibu Ibu Boleh Cuba!
Apabila ingin memindahkan anak benih, tiada peraturan tetap. Ada yang mengatakan ketinggiananak benih menjadi ukuran. Pendapat saya, ini bukan ukuran yang tepat.
Ini kerana setiap tumbuhan berbeza saiz dan masa pembesarannya. Lagipun, jumlah penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan ketinggiannya sebaik sahaja percambahan berlaku.
Ada benih yang tumbuh kurus meleding dan ada pula yang terbantut. Sebab itu indikator utama untuk pindah anak benih terletak pada daun sebenar. Apa itu daun sebenar? Saya terangkan nanti.
Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot
Sebelum itu kita kenali bahawa proses pemindahan anak pokok dari satu bekas ke bekas lain atau tempat akan memberi kesan kejutan. Kesan ini dinamakan sebagai kejutan pemindahan atau
Umumnya, biji benih sayur biasa akan mengambil dua hingga tuguh hari untuk bercambah. Ketika bercambah anak benih akan mengeluarkan dua daun benih untuk proses fotosintesis. Daun benih ini bentuknya lonjong dan biasanya sepasang. Setelah itu akan tumbuh daun berbentuk lain. Daun ini adalah daun sebenar.
Ketika tumbuh daun sebenar inilah tanda anak pokok sudah boleh dipindahkan ke media yang lebih sesuai. Pertumbuhan daun sebenar menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri.
Anak Pokok Cili (4)
Kebiasaannya kita akan pindah anak pokok apabila terdapat dua hingga empat daun sebenar. Tempoh untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar adalah di antara dua hingga tiga minggu selepas bercambah.
Dalam buku orang puteh, banyak ditekankan waktu pemindahan sama ada di waktu musim bunga, panas, luruh atau sejuk. Di Malaysia mana ada musim-musim begitu. Jadi, kita hanya akan pindah pokok apabila munculnya daun sebenar lebih daripada 2.
Tetapi jangan lambat sangat pindah atau nanti akar sudah berserabut. Apabila akar sudah berserabut, ini akan menyukarkan lagi proses pemindahan anak pokok ke dalam pasu lebih besar atau atas tanah atau batas.
Langkah Untuk Mula Berkebun Pasu Di Rumah
Apabila kita ingin memindahkan anak pokok ke atas batasatau pasu yang lebih besar, pastikan kita menyiram dahulu anak pokok itu. Seeloknya sejam sebelum pemindahan dilaksanakan. Kalau tidak sempat, siram sahajalah sebelum pindah.
Saya semai benih saya pada bekas tapis berisi lumut gambut (peatmoss). Apabila sudah bercambah dan ada daun sebenar, saya akan pindah ke bekas lebih besar. Biasanya saya akan gunakan cawan polisterin sebagai bekas lebih besar. Proses ini dinamakan pemindahan ke pasu lebih besar atau
Apabila pindah anak benih, pastikan kedalaman yang sesuai. Umumnya, pastikan pangkal separas dengan tanah. Berikut adalah panduan untuk setiap jenis tanaman yang ada.
Penyediaan Tapak Semaian Dan Anak Benih Cili(12.12.2010)
Anak pokok adalah seperti bayi yang baru lahir. Ia memerlukan jagaan yang rapi agar proses tumbesarannya berjalan dengan baik. Setelah kita membuat pemindahan, tentunya akar pokok terganggu.
Terik cahaya matahari mampu mengganggu proses pemulihan ini. Akibatnya anak pokok akan layu tatkala terkena pancaran cahaya matahari berlebihan. Silap haribulan anak pokok boleh mati.
Langkah yang betul setelah pemindahan adalah dengan letak anak pokok di tempat redup. Jika di rumah, letak di tepi rumah yang ada atap atau bawah bumbung rumah. Manakala jika tiada tempat, boleh sediakan tempat yang ada jaring hitam.
Panduan Lengkap Tanam Cili Padi Dalam Pasu / Polibeg Di Rumah
Ramai terlupa bahawa anak pokok juga memerlukan baja untuk pembesaran yang sihat dan kuat. Sebaik sahaja pindah, letakkan baja organik seperti kompos atau tinja ayam. Jika minat baja kimia, gunakan baja NPK hijau. Jarak baja biarlah 5 cm jauh. Jika dekat mungkin akan memberi kesan lecur pada batang anak pokok.
Akhir sekali adalah kita perlu lindungi anak benih daripada serangan perosak seperti siput babi dan belalang. Perosak ini sangat suka pada daun anak benih yang lembut. Terutama sebaik sahaja pindah.
Kemungkinan besar anak pokok akan terbantut kerana akar pokok akan mula mengeras dan berserabut di satu tempat.Jadi, pastikan kita memindah anak pokok tepat pada masanya agar penanaman berjalan dengan lancar.
Tanam Cili Satu Pokok Pun Cukup, Buahnya Memang Lebat. Ni Caranya!
Kita balik kepada asas. Apa yang tercedera selepas pindah? Akar pokok tentunya. Pasca-pemindahan anak pokok akan lebih fokus untuk memulihkan akar. Jadi semasa proses pokok akan lebih serap air berbanding pa-apa baja atau suplemen.
Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)
Ingin tahu cara buat dedak bokashi? Jika persoalan ini muncul, anda mungkin tertanya-tanya apa itu bokashi? Jika itu, boleh rujuk penulisan kami yang lain ini berkaitan cara pembuatan kompos bokashi...
Tips Penjagaan Pokok Cili Supaya Tumbuh Gemuk Gemuk & Sihat!
Sebelum meracun, seseorang itu perlu memakai pakaian keselamatan (PPE) yang betul. Personal Protective Equipment (PPE) perlu sesuai dengan keadaan. Alat tersebut adalah: Topi...
Sebuah website panduan berkebun (home gardening) untuk sesiapa yang ingin mula bercucuk tanam sendiri. Kebun Bandar menjadi rujukan terbaik dengan pelbagai maklumat belajar tanam sendiri di rumah sama ada di taman perumahan dan pangsapuri flat. Artikel ditulis sepenuhnya oleh Izham Alias, pensyarah pertanian, kolej komuniti.
Komentar