TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri.
Dalam menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan komited menganjakkan sekurang-kurangnya lima lonjakan transformasi TVET. Lonjakan pertama adalah untuk melatih dan meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan bagi menjadikan mereka kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan pendapatan yang lumayan serta menikmati taraf hidup yang lebih baik. Sebagai contohkini jumlah mereka hampir 28 peratus dan disasarkan akan meningkat kepada 35 peratus menjelang tahun 2020. Programpendidikan dan latihan yang dilaksanakan di institusi TVET, lebih 3, 000 rakyat Malaysia daripada golongan B40 dari tempoh sekarang sehingga tahun 2025.
Panduan Pengurusan title=Latihan Industri Manfaat Kebolehpasaran Pelajar style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTlgHq9w3EdbTB4-FOV502Ox-CAH1JEe_PtUthwGMeDVYqfhVowJnc_f7ixNSxeJpiNLBc&usqp=CAU'; />
Manakala bagi lonjakan ketiga, bagi lulusan bidang TVET, peluang kerjaya sebenarnya tidak hanya terhad untuk bekerja dalam industri, malahan lulusan TVET juga boleh menceburi bidang perniagaan, khususnya
Senarai Syarikat Yang Bayar Elaun Tinggi Kepada Pelajar Intern
Bagi lonjakan keempat pula adalah melaksanakan program geran padanan di mana peruntukan kewangan yang diberikan pada nilai yang setara dengan nilai sumbangan diterima daripada pihak industri melibatkan program-program TVET berimpak tinggi.
Lonjakan kelima menjenamakan institusi TVET melalui TVET Malaysia yang mana menyaksikan kesemua institusi TVET di bawah pelbagai kementerian akan bersatu dan bergabung tenaga sebagai kerjasama unggul lagi bersepadu bagi melatih anak-anak muda untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi.
Terdapat pelbagai kepentingan yang diperolehi melalui Pendidikan TVET di mana TVETmerupakan laluan yang penting bagi negara seperti Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi dan mampu menghadapi persaingan pada peringkat global dan serantau serta sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
Elaun Rm800 Tampung Kos Sara Hidup Pelatih Industri
TVET memberikan penekanan kepada pendidikan berkonsepkan sepanjang hayat, iaitu pendidikan berterusan tanpa had umur pembelajaran tertentu. Sebagai remaja, peluang mengikuti pengajian yang berkaitan dengan TVET mampu membentuk kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pasaran pekerjaan. Pendidikan berasaskan TVET ini bukan sahaja berhasrat melahirkan bilangan pekerja mahir yang terlatih, tetapi mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang diperoleh. Perkara ini akan mengurangkan kebergantungan pada kerja makan gaji.
Tumpuan terhadap TVET ini selari dengan hasrat yang tercatat dalam Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta teknologi, bukan hanya sebagai negara pengguna teknologi. Ciri ini merupakan asas pembentukan negara maju sepenuhnya, iaitu bilangan pekerja mahir dan separa mahir yang cukup dalam pasaran pekerjaan.
Pada peringkat pengajian awam, kerajaan telah menyediakan empat buah universiti awam yang berstatus universiti teknikal di Malaysia, iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Universiti awam teknikal ini bertujuan memberikan ruang khusus kepada pelajar lulusan teknikal pada peringkat sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi. Laluan pembelajaran ini memberikan pilihan kepada pelajar dan remaja untuk terlibat dalam bidang teknikal dengan laluan pendidikan yang tersusun.
Jadual Bayaran Elaun Mara 2022 & Kadar Kenaikan Baharu
Pembangunan dan kemajuan negara pada masa sekarang ini tidak lagi bergantung semata-mata kepada modal insan berpengetahuan tinggi, tetapi juga kepada yang berkemahiran tinggi. Di sinilah letaknya kepentingan TVET memainkan peranan dalam pembangunan dan ekonomi negara.
TVET membuka peluang kepada anak muda Malaysia yang kurang cenderung ke arah bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam kemahiran dan kepakaran pilihan mereka sendiri. Dengan berbuat demikian, program TVET ini juga dapat menampung permintaan negara untuk tenaga kerja mahir serta mengurangkan kebergantungan kepada modal insan asing.
Dalam mengekalkan ekonomi positif Malaysia, adalah penting bagi negara untuk memiliki tenaga mahir yang besar dari segi teknikal. TVET menyediakan kursus dan program latihan berteraskan kemahiran pekerjaan untuk memudahkan peralihan pelajar atau pelatih muda dari alam pendidikan ke dunia pekerjaan.
Perkasa Tvet: Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan
Program ini juga membantu menyediakan tenaga kerja dan modal insan yang berkemahiran tinggi. Hasilnya ia membantu merapatkan jurang permintaan bekalan tenaga kerja dari pelbagai industri, terutamanya mereka yang terbabit dalam program transformasi ekonomi negara.
Kerajaan memperuntukkan sumber serta menubuhkan pelbagai pendekatan sistematik bagi sektor TVET sebagai laluan utama untuk menyediakan modal insan berkemahiran tinggi dan juga sebagai salah satu daripada pemacu utama ekonomi untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Walau bagaimanapun, pelbagai persaingan, cabaran, anspirasi yang sentiasa meningkat serta seiring dengan transformasi pendidikan dan dasar – dasar negara sepertimana yang terdapat di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK – 11), pendidikan teknik dan vokasional juga perlulah selaras dengan matlamat pendidikan negara dengan memastikan bahawa keperluan tenaga negara dapat dipenuhi bagi jangka masa pendek mahupun panjang.
Maklumat Kolej Vokasional
Sehubungan itu, institusi TVET perlu memastikan keluarannya adalah berkualiti dan memenuhi segala aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan mencapai keseimbangan serta kemakmuran diri agar dapat berbakti pada agama, bangsa dan neagra.
Institusi penyedia TVET perlu lebih peka dan kehadapan dalam penawaran bidang – bidang latihan yang ditawarkan oleh institusi dan hendaklah dinamik serta berkualiti kepada semua peringkat dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja negara.
Oleh yang demikian, penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dilihat dapat merungkai banyak isu yang dihadapi TVET pada masa ini. Pelaksanaan TVET ini secara tidak langsung dapat membantu golongan belia khususnya. Dengan pengumuman tersebut pihak kerajaan berharap agar ia dapat membantu golongan belia mencorak masa hadapan mereka kerana mereka telah menanggung beban permasalahan yang sebelum ini menyelubungi TVET. Memang tidak dinafikan golongan belia merupakan prospek negara pada masa hadapan dan TVET akan mampu menyuburkan terus bakat dan kebolehan belia di Malaysia.
Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (jtm)
Selain itu juga, TVET diharapkan agar mampu melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan oleh industri dan negara bagi mengharungi fenomena Revolusi Industri 4.0. Ia juga merupakan satu usaha untuk memperkasakan rakyat, selain memantapkan kolaborasi semua pihak berkepentingan dalam bidang itu agar TVET menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan serta berpotensi tinggi.
Penjenamaan semula TVET juga berupaya mengubah dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat yang sering beranggapan bahawa sistem pendidikan itu pilihan kedua atau hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik baik. Melalui TVET Malaysia, kerajaan akan menambah bilangan tenaga kerja mahir kepada 35 peratus menjelang 2020, selain meningkatkan kuantiti dan kualiti lulusan TVET dengan sasaran melahirkan 225, 000 graduan TVET pada 2020 supaya agenda penyediaan tenaga mahir.
Namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa masalah dan cabaran untuk melaksanakan TVET secara efektif dan berkesan. Antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan TVET adalah berkaitan dengan akses latihan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi perlulah mengambil langkah memperkasakan pendidikan dan latihan vokasional dengan memastikan pengajar terdiri daripada mereka yang berkemahiran dan berpengalaman. Pengalaman bekerja di industri adalah suatu kelebihan kepada pengajar. Jika pengajarnya kurang berpengalaman maka sukar untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri. Oleh itu peranan dan kompetensi sebagai pengajar amat penting bagi menghasilkan tenaga kerja yang berketrampilan dan sesuai dengan kehendak pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Kurikulum latihan yang bersesuaian bagi tenaga pengajar harus meliputi kategori kompetensi yang mengasah bakat tenaga pengajar.
Pdf) Mengukur Tahap Keberkesanan Latihan Industri
Selain itu, cabaran utama dari segi kos pembiayaan yang tinggi merupakan salah satu cabaran yang besar kepada TVET. Oleh itu pihak kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan yang lebih berbanding sebelum ini bagi memastikan TVET melahirkan lebih ramai pekerja mahir yang mampu memenuhi pasaran kerja. Peruntukan ini juga diharap dapat membantu meningkatkan pilihan kepada TVET selain menjalankan transformasi bagi memastikan latihan yang ditawarkan itu dapat meningkatkan kebolehpasaran lepasan institusi berkenaan.
Di samping itu pengiktirafan juga merupakan cabaran dalam pelaksanaan TVET. Justeru itu peluang untuk tenaga pengajar mengikuti program sangkutan bersama-sama dengan industri bagi tenaga pengajar di syarikat-syarikat yang relevan dengan bidang pengajian di institusi TVET perlu diperluas sesuai dengan keperluan dan kerjaya tenaga pengajar yang menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam kerjaya mereka wajar diberi keutamaan. Pentauliahan tenaga pengajar Vokasional dengan Sijil Tenaga Pengajar Vokasional yang ditauliahkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) perlu diperluas kepada institusi secara menyeluruh. Ini adalah merupakan suatu keperluan ikhtisas bagi setiap tenaga pengajar TVET di samping sijil-sijil kemahiran yang sedia ada.
Justeru itu, segala usaha serta inisiatif yang telah dirangka oleh pihak kerajaan itu adalah antara langkah yang wajar dilakukan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk melahirkan sebanyak 3.3 juta pekerja dengan 50 peratus daripada mereka merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.LATIHAN industri telah menjadi komponen penting dalam pendidikan tinggi untuk memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran mereka di dunia kerja. Namun, masih ada beberapa isu yang perlu diperhatikan untuk memastikan keberhasilan program latihan industri ini. Latihan industri bukanlah suatu perkara yang baru dijadikan keperluan untuk memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar . Merujuk kepada Dasar Latihan Industri Negara yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2010, latihan industri adalah penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih.
Pdf) Pendedahan Pelajar Kepada Perlaksanaan Kerja Semasa Latihan Industri Berkaitan Dengan Program Yang Diambil Di Politeknik
Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk menerima pengalaman praktikal dan meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka. Tempoh latihan industri adalah bergantung kepada program pengajian dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melaksanakannya. Kebiasaannya tempoh terkumpul bagi latihan industri adalah tidak kurang daripada tiga bulan atau tempoh yang ditetapkan adalah bergantung kepada mana-mana badan profesional yang mempunyai
Komentar