Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Maksudnya: Sesiapa yang terlupa, sedang dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum itu
Masuk Drip Semasa Posa Panduan Dan Fatwa title=BATAL ATAU TIDAK PUASA? style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQtF5WwNQntAjdQTqVfaEvN6Pjy33Fpqj_BwdOLgOR5Dz1ygybkvCOEoKxllIVBwy3o6e0&usqp=CAU'; />
Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam, iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib), dan janganlah kamu menyetubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf di masjid.
Telan Kahak Batal Puasa, Betul Ke? Ini Jawapan Uai!
Di antara perkara yang membatalkan puasa adalah dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam (ruang selepas halkum hingga usus dan tali perut) melalui ruang yang sedia terbuka iaitu mulut, telinga,
Sama ada lelaki mahupun perempuan. Sekiranya memasukkan sesuatu melaluinya sehingga sampai ke rongga dalam badan maka terbatal puasanya. Begitu juga memasukkan ubat ke dalam telinga batal puasanya. Adapun sekiranya memasukkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa ini kerana mata tidak termasuk di dalam ruang yang terbuka. (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2/181)
Dar al-Ifta Jordan dalam fatwa puasanya menyatakan, “Ubat mata tidak membatalkan puasa walaupun dapat merasakannya di halkum. Ini kerana mata bukanlah tergolong di dalam ruang yang menyalurkan sesuatu sehingga ke rongga.
Tes Swab Deteksi Covid 19 Tidak Membatalkan Puasa, Ini Fatwanya !
Begitu juga Dar al-Ifta al-Misriyyah dalam laman sosial rasminya menjawab persoalan berkenaan dengan perbezaan pendapat hukum meletak ubat di dalam mata. Mengukut pendapat al-Imam Syafie’ memasukkan ubat ke dalam mata sehingga sampai ke halqum, tidak membatalkan puasanya.
Kembali kepada persoalan yang diajukan serta dalil-dalil yang di datangkan. Memasukkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa. Ini kerana mata bukanlah termasuk di dalam kategori ruang yang sedia terbuka. Walaupun dapat merasakan kesan ubat sehingga ke rongga dalam namun tidak membatalkan puasa.
Sehingga ke rongga dalam dengan tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kakak saya yang dimasukan ke dalam wad pada bulan Ramadan. Dia terpaksa memakai alat pernafasan tetapi keadaannya tidak kritikal. Dia bertanya kepada saya adakah dia masih boleh berpuasa atau tidak? Terima kasih.
Rumpunsuara: Hukum Semasa Berkaitan Puasa
Penggunaan alat pernafasan (oksigen) tanpa mengandungi penambahan dari bahan-bahan lain yang berbentuk jirim, tidak membatalkan puasa. Tidak ada perbezaan pandangan dalam kalangan ulama bahawa menghirup udara (oksigen) tidak membatalkan puasa. Jika dia mampu untuk berpuasa maka dia boleh untuk berpuasa dan jika dia tidak mampu dia boleh berbuka namun perlu mengqadakannya.
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka seperti mulut, hidung dan telinga dengan jalan sengaja. Dalam kitab
“Puasa seseorang terbatal dengan sebab masuknya sesuatu benda (ain) dari luar kepada rongga yang terbuka dalam keadaan sengaja dan buka dipaksa serta dia mengetahui tentang keharamannya.”

Usim's Annual Report 2015 By Usim Official
Antara dalil yang digunakan oleh mazhab Syafii mengenai hal ini ialah sebuah riwayat yang dinilai hasan oleh Imam al-Nawawi, Ibn Abas RA berkata[1]:
Namun begitu, jika yang masuk ke dalam rongga terbuka itu bukan sesuatu yang dianggap ain (benda) secara uruf(kebiasaan)[2] maka ia tidak membatalkan puasa. Sebagaimana jika seseorang terhidu bau asap yang masuk melalui mulut atau hidung sekalipun dengan jalan sengaja ia tidak dianggap membatalkan puasa. Disebutkan dalam kitab
“Tidak memudaratkan (membatalkan puasa) dengan sebab masuk bau melalui hidung atau mulut seperti bau asap atau lainnya ke dalam rongga sekalipun dengan jalan sengaja kerana ia bukan ain(jirim)[3].”
Boleh Puasa Tapi
Majma’ al-Fiqh al-Islami yang diadakan di Jeddah kali ke-10 memutuskan bahawa antara perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah penggunaan alat bantuan pernafasan[4]. Dar al-Ifta’ Jordan pula merumuskan bahawa penggunaan alat bantuan pernafasan tidak membatalkan puasa kerana ia bukan sesuatu yang berbentuk jirim. Namun jika terdapat dalam oksigen tersebut jirim maka ia boleh mebatalkan puasa[5].
Kesimpulannya, berdasarkan kenyataan di atas hukum penggunaan alat pernafasan (oksigen) tanpa mengandungi penambahan dari bahan-bahan lain yang berbentuk jirim, tidak membatalkan puasa. Tidak ada perbezaan pandangan dikalangan ulama bahawa menghirup udara (oksigen) tidak membatalkan puasa. Jika dia mampu untuk berpuasa maka dia boleh untuk berpuasa dan jika dia tidak mampu dia boleh berbuka namun perlu mengqada’kannya.

واستدل اصحابنا بما ذكره المصنف وبما رواه البيهقى باسناد حسن أو صحيح عن ابن عباس رضى الله عنهما انه قال إنما الوضوء مما يخرج وليس مما يدخل وإنما الفطر مما دخل وليس مما خرج والله تعالي اعلم
Istilah² Psi T4
لِمَا تَقَرَّرَ أَنَّ الرَّائِحَةَ لَيْسَتْ عَيْنًا أَيْ عُرْفًا إذِ الْمَدَارُ هُنَا عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ مُلْحَقَةً بِالْعَيْنِ فِي بَابِ اَلإحْرَامِ أَلاَ تَرَى أَنَّ ظُهُورَ الرِّيحِ وَالطَّعْمِ مُلْحَقٌ بِالْعَيْنِ فِيهِ لاَ هُنَا
لا يؤثر استعمال جهاز الأكسجين على صحة الصوم ؛ لأن الأكسجين هواء لا جرم له، ولكن إذا أضيف للأكسجين مواد علاجية لها جرم يصبح استعماله في نهار رمضان مفطراً لدخوله إلى الجوف من منفذ معتاد.Seringkali menjadi persoalan dalam kalangan pesakit berkaitan batal atau tidak puasa jika mengambil atau menggunakan ubat semasa berpuasa. Bagi menyelesaikan kemusykilan dalam kalangan pesakit, berikut adalah maklumat penting untuk mereka fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubat semasa berpuasa.
Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.
Permasalahan Semasa Dalam Fiqh (ibadah Dan Muamalah)
Bagi mereka yang sakit, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan rawatan. Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan.

Terdapat segelintir pesakit yang mengubahsuai cara pengambilan ubat-ubatan mereka semasa puasa tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Lebih teruk lagi, sesetengah mereka langsung tidak mahu mengambil ubat semasa berpuasa.
Keadaan pesakit yang berhenti mengambil ubat semasa berpuasa amat membimbangkan terutama dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan asma. Perkara seperti ini boleh memberi komplikasi penyakit dating kepada pesakit.
Ramadhan Dan Permasalahannya
Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan dan dos insulin untuk bulan Ramadan kerana ianya dapat mengelakkan paras gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah (hipoglisemia) atau terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes untuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.
Segera berbuka apabila mengalami tanda-tanda sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Segera berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda masih tidak hilang atau keadaan semakin teruk.
Maklumat ini hanyalah sebagai panduan umum. Mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam hal berkaitan pengambilan ubat-ubatan serta status batal dan tidak batal puasa dalam penerangan yang diberikan. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza antara mazhab atau pendapat. Sehubungan itu, informasi yang diberikan ini adalah berdasarkan pandangan hukum daripada mazhab Syafie dan panduan berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.

Komentar