Konvokesyen dah berlalu..so, saya perlu buat persediaan untuk menghadiri temuduga dengan SPP pula untuk perlantikan guru di sekolah. Doa-doakansaya yer..moga di hantar ke negeri yang berdekatan dengan famili..
2. Calon temu duga tidak digalakkan membawa bersama ahli keluarga untuk urusan temu duga . Hanya calon temu duga sahaja dibenarkan masuk ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri bagi urusan temu duga. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, keluarga akan dibenarkan masuk untuk menunggu hanya di kawasan kafeteria di Blok B1 dan B2 selepas jam 8.30 pagi.
Pekerja title=CIkgu As: Persediaan Untuk Menghadiri Temuduga Part 1 style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT0EeMhbG2bhcy5NFGCvnPLKohfnynO28LJ72iXjCjN7258raNJXQ1Btm3iG3ZPipho_S0&usqp=CAU'; />
3. Calon temu duga hanya dibenarkan untuk memasuki ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri, 30 minit sebelum waktu temu duga dijalankan. Calon yang tiba lebih awal tidak akan dibenarkan masuk sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan. Waktu temu duga boleh disemak pada surat panggilan temu duga.
Sebenarnya Setiap Majikan Akan Gunakan Antara 4 Jenis Temuduga Berbeza...siap Sedia!
4. Calon temu duga perlu mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di Balai Kawalan Keselamatan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan kemasukan ke kompleks. Calon perlu sentiasa mempamerkan Pas Keselamatan Pelawat semasa berada di dalam kawasan kompleks.
5. Calon perlu membawa bersama dokumen pengenalan diri selain kad pengenalan bagi tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat. Kad pengenalan calon diperlukan bagi urusan semasa temu duga. Dokumen pengenalan lain yang boleh diterima untuk tujuan penukaran Pas Keselamatan Pelawat adalah seperti lesen memandu yang mempunyai gambar, kad pengenalan jabatan, kad nikah dan pasport.
6. Calon dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian mengikut etika berpakaian bagi menghadiri temu duga. Calon yang memakai pakaian yang kurang sopan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Tips Dan Cara Cara Temuduga Yang Betul
Calon temu duga perlu berada di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri atau di lokasi lain yang dinyatakan sebagai lokasi temu duga bagi urusan tersebut. Selain itu, calon hanya dibenarkan untuk ke kafeteria yang terletak di Blok B1 atau B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. 8. Calon perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang sedang berkuatkuasa di dalam kawasan kompleks, calon dipohon untuk membaca peraturan yang dipamerkan di pintu masuk Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Mana-mana pegawai/anggota keselamatan berhak membuat pemeriksaan keselamatan ke atas calon-calon dan sekiranya calon didapati melanggar mana-mana peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, calon boleh diarah untuk meninggalkan kawasan kompleks. 9. Calon temuduga perlu mengembalikan Pas Keselamatan Pelawat, mengambil dan menyemak kembali dokumen pengenalan diri yang diserahkanya sewaktu penukaran Pas Keselamatan Pelawat sebelum meninggalkan Kompleks Jabatan Perdana Menteri. 10. Kegagalan menyerah atau menghilangkan Pas Keselamatan Pelawat, Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri boleh mengenakan denda kepada calon sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja). Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Sumber dari : http://www.spp.gov.my/images/stories/Panduan_danlain2/PANDUAN%20MEMASUKI%20KOMPLEKS%20JABATAN%20PERDANA%20MENTERI.pdfTahniah kerana anda mendapat panggilan temuduga kerja. Pasti anda sangat teruja setelah menunggu dengan begitu lama untuk mendapatkan kerja idaman anda dan pastinya anda ingin lulus temuduga yang bakal anda hadapi nanti.
Disini dikongsikan 21 tips untuk anda praktikkan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Tips temuduga di bawah merupakan tips terkini yang anda boleh sesuaikan dengan apa jua sesi temuduga.
Cuba dapatkan maklumat seperti profil syarikat, faedah kepada pekerja yang ditawarkan syarikat, operasi syarikat, corak kepimpinan syarikat serta perkara lain yang berkaitan dengan syarikat yang bakal anda pergi temuduga.
Review Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Gunakan apa sahaja medium seperti portal rasmi syarikat serta pelbagai media sosial yang berkaitan untuk mendapat maklumat supaya anda benar-benar tahu tentang syarikat tersebut.
Ini dapat membantu anda untuk menjawab dengan lebih yakin serta nilai yang anda akan berikan kepada syarikat sekiranya anda bekerja di syarikat tersebut.
Untuk rujukan soalan temuduga anda juga boleh rujuk 100 contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini. Baca dan lihat soalan-soalan yang bakal ditanya.
Tips Kerja Kerajaan
Cetak dan baca serta fahami kemahiran khusus yang diperlukan atau dikehendaki oleh syarikat. Fikirkan contoh kerja yang berkaitan dengan kerja yang pernah anda lakukan sebelum dan sekarang ini.
Bersedia dengan soalan mengenai pengalaman kerja yang lalu. Gunakan kaedah STAR untuk bercerita dengan jelas iaitu Situasi (Situation), Tugas ((Task), Tindakan (Action) dan Hasil (Result).

Berlatih menjawab soalan dengan baik dan jelas adalah cara persediaan yang sangat berkesan. Minta rakan anda untuk menjawab soalan dan berikan jawapan. Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan ketika temuduga nanti.
Panduan Untuk Penderma Darah Kali Pertama Di Malaysia
Kemungkinan penemuduga akan meminta anda memberikan senarai rujukan sebelum atau selepas temuduga anda. Dengan menyiapkan senarai rujukan dengan lebih awal, ia membantu anda pergi ke langkah yang seterusnya untuk diambil bekerja.
Anda juga mungkin akan ditanya mengenai pekerjaan yang telah anda lakukan sebelum ini. Berikan contoh pekerjaan yang berkaitan serta kejayaan yang telah anda kecapi.
Temuduga adalah komunikasi dua hala. Majikan juga mengharapkan anda bertanyakan soalan kerana mereka ingin tahu berapa seriuskah anda ingin bekerja di syarikat mereka. Berikut adalah beberapa soalan yang sesuai untuk anda tanyakan kepada penemuduga :
Langkah Langkah Sebelum, Semasa, Dan Selepas Aktiviti
Anda perlu menyiapkan pakaian untuk temuduga yang betul dan sesuai dengan jawatan dan syarikat tersebut sekurangnya 1 hari. Jika anda tidak pasti tatacara berpakaian untuk temuduga, dapatkan cadangan daripada rakan anda.
Siapkan sekurangya lima salinan resume. Buat resume anda dengan kemas dan cantik untuk diberikan kepada setiap penemuduga. Apa dokumen perlu di bawa dan tidak perlu di bawa ke tempat temuduga juga perlu diberikan perhatian oleh anda.

Bawa pen dan buku nota kecil untuk membuat beberapa catatan penting ketika temuduga. Jaga hubungan mata ketika proses temuduga dijalankan untuk menampakkan keyakinan anda ketika temuduga dijalankan.
Tip Temu Duga Biasiswa Yang Wajib Anda Tahu!
Pastikan anda memakai kasut yang bersih, rambut anda disikat kemas dan pastikan kuku dipotong pendek. Begitu juga dengan pakaian anda. Pakai pakaian yang bersih dan berbau wangi. Pastikan anda menggunakan bahasa badan yang betul dan sentiasa senyum sepanjang sesi temuduga dijalankan.
Hormat dan layan semua staf atau pekerja yang anda temui di syarikat tersebut dengan baik. Kadangkala terdapat majikan atau penemuduga yang akan mendapatkan maklumbalas calon daripada pekerja mereka untuk mengukuhkan keputusan mereka.
Tampilkan bahasa badan yang lebih yakin dan beradab ketika temuduga dijalankan. Duduk atau berdiri dengan tekstur badan yang betul. Tarik nafas sedalam mungkin dan hembus perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan cemas dan ianya membantu anda untuk lebih yakin. Berjabat tangan sekiranya penemuduga menghulurkan tangan dan berikan senyuman paling manis buat mereka.
Kursus Micro Creditial: Penyedian Untuk Temuduga Kerja
Jadilah diri anda yang sebenar ketika temuduga dijalankan. Dengan cara ini, penemuduga akan rasa lebih dekat dengan anda dan anda juga menjadi selesa. Sentiasa positif dengan memberikan senyuman serta penggunaan bahasa badan yang baik dapat membantu kelancaran proses temuduga dijalankan.
Jawab setiap soalan yang diajukan dengan jujur. Fokus pada kekuatan utama anda dan mengapa latar belakang anda menjadikan anda layak untuk menjawat jawatan tersebut.
Ketahui juga soalan-soalan yang tak perlu anda jawab semasa temuduga. Ini kerana tak semua soalan perlu anda jawab sekiranya soalan yang diajukan melibatkan soal peribadi anda.
Tips Menghadapi Temuduga
Setiap kali anda menjawab soalan yang diajukan, kaitkan jawapan anda dengan kemahiran serta pencapaian anda. Gunakan setiap peluang yang ada supaya jawapan yang diberikan adalah menarik dan penemuduga menjadi yakin dengan anda.
Masa anda dengan setiap penemuduga adalah terhad. Jadi anda perlu fokus dengan memberikan jawapan yang ringkas dan tidak bercakap perkara yang tidak penting.
Jangan sesekali anda menceritakan masalah anda dengan majikan sebelum ini pada penemuduga walaupuan anda disoal oleh mereka. Ini boleh membuatkan penemuduga memberikan pandangan yang negatif buat anda. Anda hanya perlu fokus pada kelebihan dan kebaikan yang anda perolehi untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Rahsia Mudah Bagaimana Anda Boleh Lulus Temuduga Kerajaan
Selepas temuduga tamat, anda boleh bertanya sama ada penemuduga dan Pengurus Sumber Manusia apa yang anda harapkan seterusnya. Mungkin anda akan menerima emel susulan seperti keputusan temuduga anda, syarat tambahan seperti tugasan atau senarai rujukan atau temuduga yang lain.
Minta kad nama setiap penemuduga selepas sesi temuduga tamat. Sekurangnya anda boleh menghantar emel kepada mereka dan ucapkan terima kasih serta masukkan nota yang telah anda catatkan semasa sesi temuduga dijalankan.

Komentar