Nasihat Semasa Cuti Sekolah Aktiviti Menarik dan Bermanfaat

Cuti sekolah yang panjang sudah pun bermula. Apa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah? Penuhi masa terluang anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di bawah ini dan jangan sesekali membiarkan mereka membuang masa kerana masa itu EMAS dan sangat berharga!

Kebiasaannya sebelum cuti sekolah bermula, guru kelas ada menganjurkan kem-kem cuti sekolah yang termasuk dalam aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam kem-kem anjuran luar di mana banyak memberi faedah dan kebaikan pada diri mereka. Seperti contoh Kem Jati Diri, Kem Khemah Ibadah, Kem Motivasi dan sebagainya

CaraSemasa Cuti Sekolah Aktiviti Menarik Dan Bermanfaat title=Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTr_APVa44Mm9E8C5EpS5_4mxgDph7n3xgdv1ncwbFQErS6VACxMw6b8QOydC204UX4jwY&usqp=CAU'; />

Selain dari belajar semata-semata mengadap buku  yang tebal, anak-anak anda boleh menyertai kelas kemahiran untuk meningkatkan taraf kebolehan diri masing-masing supaya diri mereka boleh menjadi ‘multitasking’ dan lebih berharga berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Seperti contoh Kelas Musik, Kelas Memasak/Menjahit, Kelas Bertukang dan sebagainya.

Nasihat Kepada Ibu Bapa Semasa Cuti Sekolah

Beri peringatan kepada anak-anak anda supaya menghabiskan kesemua kerja sekolah yang diberikan terlebih dahulu terutama kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun hadapan. Ini juga mencerminkan keperibadian anak anda dan keluarga dalam mendidik dan mendisiplinkan diri mereka.

Kadang-kala para ibu bapa tiada masa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Beriadah bersama anak-anak di waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau selepas balik kerja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan apa yang penting dapat menyihatkan tubuh badan seperti contoh berbasikal, berjoging, mendaki bukit dan sebagainya.

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah dan di dalam bilik juga dapat menyihatkan tubuh badan dimana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak apabila menggunakan tenaga. Islam juga mementingkan kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit dan jangkitan kuman pada badan.

Idea Aktiviti Cuti Sekolah Menarik Yang Tak Perlukan Belanja Besar, Dekat Rumah Je!

Anak-anak kini gemar menonton cerita-cerita terbaru atau kartun. Sebaiknya berikan pendedahan tentang sukan dan penjagaan kesihatan melalui siaran-siaran sukan dan kesihatan di kaca televisyen seperti sukan bola sepak, badminton atau sebagainya dimana mereka boleh praktiskan semasa melakukan sebarang latihan atau pertandingan. Ia juga sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk semangat kesukanan dan penjagaan diri dengan baik dalam diri anak-anak anda.

Berikan mereka pendedahan tentang pentingnya membaca buku. Bawa  mereka bersama ke perpustakaan yang berhampiran untuk meminjam dan membaca buku. Berikan juga mereka kebebasan dalam mengolah isi kandungan setiap buku yang dibaca mengikut pemahaman dan kreativiti mereka tersendiri. Aktiviti sebegini juga dapat mengelakkan anak-anak anda terjebak dari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya yang lain.

Ibu

Ajar anak-anak anda sembahyang berjemaah bersama dan hadiri kelas-kelas Al-Quran untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal berkenaan akhirat. Aktiviti ini sekali gus dapat memberi kesedaran yang mendalam dalam diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang baik. Selain itu juga anda boleh memasak bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dengan anak-anak.Perhatian kepada pelajar yang ingin membuat latihan tambahan bagi penulisan karangan Bahasa Melayu. Adakah anda mencari contoh-contoh karangan Bahasa Melayu? Sekiranya ya, berikut dikongsikan contoh karangan cara-cara memanfaatkan cuti sekolah untuk panduan semua. Contoh dibawah terdiri daripada pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.

Contoh Karangan B

Kepada pelajar, latihan tambahan dapat membantu untuk menghasilkan penulisan karangan yang baik. Di samping itu, penggunaan frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan penanda wacana yang sesuai adalah digalakkan bagi menambah daya penarik terhadap penulisan karangan masing-masing. Bimbingan daripda guru-guru juga adalah mustahak bagi memastikan pelajar menjawab kehendak soalan yang diberikan.

Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar samada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Mereka tidak perlu lagi mengikuti rutin harian yang memerlukan mereka untuk bangun di awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Sebaliknya, mereka bebas untuk menyusun jadual harian mereka berbeza jika dibandingkan dengan norma hari persekolahan. Namun begitu, peribahasa Melayu berkata, masa itu emas. Justeru, ibu bapa dan adik-beradik yang telah dewasa wajar membimbing ahli keluarga yang masih bersekolah untuk memanfaatkan cuti persekolahan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Rancang

Antara langkah untuk memanfaatkan cuti sekolah pelajar adalah dengan melancong secara domestik atau ke luar negara. Objektif utama cuti persekolahan adalah untuk memberi istirehat kepada pelajar dan guru-guru terutamanya yang telah berminggu-minggu berusaha memberikan yang terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, cuti sekolah adalah masa untuk mereka berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Melancong dapat mengalihkan perhatian pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaan awam kepada perkara yang lebih seronok seperti bermandi-manda di pantai atau air terjun. Bagi pelajar sekolah rendah pula, terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik dan berfaedah bagi mereka seperti muzium, pusat sains dan zoo. Oleh itu, ibu bapa boleh merancang dengan bajet yang mengikut kemampuan masing-masing untuk membawa anak-anak melancong ke tempat yang belum pernah dikunjungi pada waktu cuti persekolahan.

Aktiviti Di Sekolah

Selain itu, cuti persekolahan boleh dimanfaatkan dengan bergotong-royong membersihkan rumah dan kawasan sekitar. Mutakhir ini, ibu dan bapa dalam keluarga mempunyai kerjaya atau perlu bekerja demi menampung keperluan diri dan keluarga. Maka, kerja-kerja di rumah kadang-kala terabai dek kerana kekangan masa dan keletihan setelah bekerja. Oleh itu, bagi membalas jasa dan kudrat yang telah diusahakan oleh ibu bapa, anak-anak seharusnya membantu mereka membuat kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai, membersihkan tingkap dan kipas serta mengemas pakaian. Pada permulaan mungkin ibu bapa akan mendapati sukar untuk mengajar anak-anak dalam membuat kerja-kerja rumah kerana mereka leka dengan telefon dan gajet. Tetapi kalau bukan ibu bapa, siapa yang akan mengajar mereka untuk berdikari dan berdisiplin menjelang mereka dewasa kelak? Bak kata peribahasa Melayu, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Mula mengajar anak-anak kerja rumah yang mudah dan tingkatkan kemahiran mereka secara berperingkat. Pasti hasilnya akan memberi manfaat kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Sebenarnya, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar semasa cuti persekolahan yang boleh mendatangkan manfaat kepada pelajar. Antaranya adalah dengan menyertai kem motivasi diri atau ibadah. Anak-anak ibarat kain putih yang memerlukan ibu bapa menggunakan strategi, kemahiran, kepakaran dalam mencorakkan jati diri mereka. Dengan menyertai kem motivasi, pelajar dapat membentuk dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan cabaran dunia yang kian menguji minda serta fizikal untuk kuat, pantas, cekal dan mampu bertahan dengan ujian yang akan datang. Di samping itu, menghantar anak-anak ke kem ibadah mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran. Maka, anak-anak akan mendapat sesuatu yang berharga dimana mereka tidak dapat di sekolah dan nilai jati diri serta ilmu keagamaan tersbut mampu melahirkan generasi yang lebih berjaya di masa hadapan.

-

Akhir sekali, cuti sekolah boleh dimanfaatkan dengan melakukan ulang kaji pelajaran khususnya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu terluang yang banyak memberikan kelebihan kepada pelajar untuk membuat latihan tambahan ataupun menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan oleh guru-guru di sekolah. Secara peribadi, mengulang kaji pelajaran di rumah adalah lebih efektif kerana pelajar boleh fokus dan belajar dalam keadaan yang lebih kondusif. Sebagai perbandingan, di sekolah pelajar berkongsi satu bilik darjah bersama lebih 20 ke 30 orang pelajar lain tetapi di rumah pelajar boleh menelaah buku atau membuat latihan secara bersendirian. Tambahan pula, kemudahan gajet dan telefon pintar hari ini memberikan kelebihan dimana pelajar boleh merujuk maklumat yang diinginkan secara dalam talian.

Proaktif, Kreatif Semasa Cuti Sekolah

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mendapat manfaat sepanjang cuti persekolahan berlangsung. Ia bergantung kepada kesedaran diri atau ibu bapa yang ingin mencari aktiviti yang mendatangkan faedah kepada pelajar sepanjang tempoh tersebut. Cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada belajar. Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang dicadangkan di atas bagi mendapatkan faedah yang berbeza. Jika mereka gagal menggunakan masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya terutamanya dalam kalangan rakan sebaya. Semoga setiap ahli masyarakat cakna dan peka terhadap anak-anak kecil ini yang berpotensi menjadi pemimpin negara kita suatu hari nanti dengan memastikan masa cuti persekolahan mereka diisi dengan perkara yang memberi manfaat.