Anda selalu tempuhi jalan sesak untuk pergi kerja atau pulang ke rumah? Adakalanya, situasi ini tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi jika jalan yang dilalui itu adalah satu-satunya jalan untuk pergi dan pulang dari kerja. Lebih menakutkan apabila jalan sesak itu diakibatkan oleh kemalangan kenderaan. Jadi, sebagai pemandu, berikut merupakan langkah yang boleh kita sama-sama lakukan untuk memastikan jalan raya kekal selamat walaupun berada di dalam kesesakan.
Dalam kesesakan lalu lintas, setiap individu perlulah mengelak dari memandu secara agresif contohnya kerap bertukar dari lorong ke lorong. Jika anda lakukan hal ini, sudah tentu pemandu lain akan marah dan secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk bertindak balas secara negatif.
Mengatasi Kereta Goyang Semasa Belok Tips Memandu Selamat Dan Lancar title=Nervous Drivers!' style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTjix3X3ntVExCpAA2eq1wAPToLZ6Chf5bIrcYAu7CDiklaAyTAtQUtfLFwXht9egnoK1E&usqp=CAU'; />
Dalam masa yang sama, anda diingatkan juga untuk gunakan signal kereta semasa menukar lorong. Lampu signal adalah satu cara komunikasi atas jalan raya, tiada siapa pun dapat mengagak arah yang ingin anda pergi tanpa isyarat diberikan.
Sebab Utama Kereta Mati Ketika Memandu
Selain itu, kekalkan jarak selamat dengan sekurang-kurangnya dua saat dengan kenderaan di hadapan. Jarak yang selamat boleh bantu anda mengelak dari brek yang kerap dan perlanggaran bahagian belakang. Tambah jarak sehingga 4 saat jika cuaca buruk, jalan licin atau anda mengikuti kenderaan berat.
Selain itu, perhatikan juga lalu lintas di hadapan dengan teliti. Apabila kereta hadapan berhenti, lepaskan kaki anda dari pedal minyak untuk memperlahankan kenderaan secara beransur-ansur sebelum anda brek. Elakkan brek mengejut.
Kekal fokus semasa memandu. Elak dari melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan seperti makan, menukar stesen radio atau menggunakan telefon. Perkara tersebut bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri sendiri malah terhadap orang lain juga. Malah jika ditangkap anda menggunakan telefon ketika memandu, anda boleh disabitkan kesalahan dengan didenda sehingga RM1, 000 ataupun penjara sehingga 3 bulan.
Petua Perlu Amalkan Ketika Memandu
Titik buta (blind spot) melibatkan mana-mana kawasan yang sukar dilihat, akibat dihalang oleh tiang depan dan belakang kenderaan anda. Lakukan pemeriksaan kepala untuk memeriksa titik buta sebelum menukar lorong. Gunakan juga cermin untuk memantau kawasan sekitar. Jika tidak ambil berat dengan titik buta, anda berpotensi melanggar kenderaan lain semasa menukar laluan.
Sebelum memulakan perjalanan, semak aplikasi peta pada telefon anda contohnya Google Maps atau Waze untuk mengelak dari memandu di kawasan sesak. Periksa juga laluan alternatif yang ada. Anda boleh juga dengar laporan di radio untuk ketahui tentang kesesakan lalu lintas. Ketahui lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk elak kesesakan jalan raya di sini.
Apabila semua individu memandu dengan selamat ketika berada dalam jalan yang sesak, pasti semuanya dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Kemalangan juga dapat dielakkan. Yang paling penting adalah sentiasa berhati-hati dan patuhi peraturan jalan raya.Home » ‘Nervous Drivers!’ – Jom Atasi Kebimbangan untuk Memandu dengan Tips Ini! ‘Nervous Drivers!’ – Jom Atasi Kebimbangan untuk Memandu dengan Tips Ini!
Tahukahanda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta Dengan Betul?
Tapak tangan berpeluh, anggota badan rasa tidak sedap, nafas terasa sesak – itu belum lagi kereta memasuki jalan raya yang sibuk. Sekiranya anda mengalami
Sebenarnya, seseorang itu mungkin hilang rasa keyakinan untuk memandu atas pelbagai faktor. Antaranya adalah trauma (pernah mengalami kemalangan yang teruk), hampir terbabit dalam kemalangan, kurang mahir untuk memarkirkan kenderaan atau terlalu jarang memandu.
Bagaimana untuk mengatasinya? Salah satunya adalah dengan memandu lebih kerap di atas jalan raya besar bagi mengurangkan fobia dan rasa gugup itu. Namun ia mungkin terlalu sukar, lebih-lebih lagi untuk yang sudah lama mengalami fobia tersebut. Tetapi, jika anda ingin cuba mengatasinya namun tidak tahu cara yang tepat, apa kata teruskan membaca artikel ini. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu anda!
Stereng Kereta Anda Bergegar, Ini Mungkin Penyebabnya
Sesetengah individu mungkin mengalami rasa gugup untuk memandu yang tidak ketara, namun ada juga yang terlalu takut untuk melakukannya. Menurut Anxiety UK, fobia untuk memandu ini ada beberapa tahap. Ada yang tidak berani memandu di jalan raya besar, anda yang takut untuk melalui roundabouts, ada yang risau memikirkan di mana untuk parkirkan kereta, ada yang takut terperangkap dalam trafik dan banyak lagi.
Periksa kereta anda. Salah satu kerisauan utama adalah jika kereta mengalami kerosakan ketika sedang memandu. Jadi, penyelesaian terbaik adalah periksa dulu kereta anda, terutamanya tekanan tayar dan juga paras petrol. Namun jika kereta anda kerap diservis, maka kebimbangan ini mungkin akan kurang.

Kenalpasti jalan yang anda ingin lalui. Jika anda ingin menuju ke tempat yang kurang dikenali, maka sebaiknya anda lihat dan periksa dahulu jalan yang akan dilalui itu. Bagaimana caranya? Gunakan sahaja pelbagai aplikasi yang ada seperti Google Maps atau Waze. Pastinya dapat membantu anda!
Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah
Elak memandu pada waktu puncak. Jangan terlalu memaksa diri anda. Jika kurang yakin untuk memandu di jalan raya yang sesak, cuba cari waktu yang sesuai untuk diri anda. Atur perjalanan, contohnya memandu di antara jam 10 pagi – 3 petang. Ia mungkin akan membuatkan anda berasa sedikit tenang untuk memandu.
Periksa keadaan cuaca. Memandu ketika cuaca hujan mungkin akan menambahkan lagi kerisauan anda. Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, periksa dulu cuaca pada hari tersebut. Jika anda merasakan ia kurang sesuai, maka tangguhkan dahulu perjalanan anda dan tunggu sehingga cuaca baik.
Letakkan phone dalam ‘silent mode’. Salah satu kesalahan biasa yang dilakukan oleh pemandu adalah bermain telefon bimbit. Jangan ya! Ia berbahaya bukan sahaja untuk diri anda, bahkan juga pengguna jalan raya lain. Sebaiknya, set kan telefon bimbit anda ke
Asyik Buat Silap, Gadis Ini Sering Menangis Tiap Kali Ke Kelas Memandu... 'kemuncak' Ketakutan Nyaris Langgar Cikgu
Ambil masa anda. Anda tidak perlu memandu dengan laju. Pandu sahaja kenderaan anda di tahap kelajuan yang sederhana, di lorong yang betul. Jika anda rasa perlukan rehat, berhenti seketika di kawasan yang selamat seperti di stesen minyak untuk melegakan rasa gugup anda.
Cuba tumpukan perhatian. Jangan biarkan perkara lain menganggu fikiran anda. Berikan fokus yang sepenuhnya kepada pemanduan anda sahaja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Pasang radio/ lagu. Untuk membantu anda terasa lebih tenang ketika memandu, pasanglah radio atau lagu di dalam kereta anda. Namun ingat, jangan pasang terlalu kuat kerana ia mungkin boleh mengganggu fokus anda pula nanti.
Tanda Awal Power Steering Kereta Bermasalah
Kekal tenang. Walaupun anda mungkin berasa teruja dan gembira kerana akhirnya anda sampai ke destinasi dengan selamat, namun pastikan anda kekal tenang dan fokus. Pastikan kereta anda telah diparkirkan di tempat yang betul dan selamat, brek tangan telah ditarik dengan baik, lampu telah dimatikan dan paling penting, kereta telah dikunci.
Kerapkan memandu. Perjalanan anda kali ini berjalan dengan lancar? Maka ia mungkin petanda positif untuk anda terus memandu selepas ini. Semakin kerap anda memandu, semakin kurang rasa nervous dalam diri anda. Percayalah yang anda boleh lakukannya!
Rasa gugup untuk memandu boleh diatasi dengan latihan memandu yang lebih kerap. Cuba kekal tenang dan positifkan minda anda. Lama kelamaan, anda pasti akan dapat mengurangkan rasa takut dan gementar untuk memandu.
Cara Berkongsi Jalan Dengan Lori Untuk Perjalanan Selamat
Menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.Pernah tak anda perasan kereta anda bergegar lain macam semasa memandu? Kereta yang bergegar boleh menyakitkan hati sebab ia akan menyebabkan rasa tak selesa semasa memandu yang boleh mengakibatkan sakit belakang dan lenguh-lenguh lagi-lagi kalau anda terpaksa memandu lama.
Sebenarnya kereta bergegar semasa memandu ini disebabkan oleh beberapa isu dan biasanya ia juga merupakan petanda yang boleh mengakibatkan masalah yang lagi besar kalau tidak dibaiki dengan segera. Berikut merupakan antara komponen yang anda sepatutnya beri perhatian apabila anda merasakan kereta anda bergegar teruk semasa memandu.

Apabila ada gegaran setelah anda mula memecut, kemungkinan besar tayar anda tidak seimbang. Mudah saja nak pastikan iaitu dengan mencari titik haus pada tayar anda. Yang bagusnya, masalah ini boleh selesai dengan menyeimbangkan semula tayar anda andai kata masalah ini tidak terlalu serius. Namun jika tayar dah rosak teruk, anda mungkin terpaksa menggantikannya semua sekali.
Tip Memandu Dengan Penuh Kasih Sayang
Untuk menyeimbangkan semula tayar anda kembali, bawa kereta anda ke bengkel dan mekanik akan memeriksa tayar anda untuk mencari bahagian yang hausnya tidak sekata. Pemberat akan ditambah pada bahagian bertentangan tayar untuk menyeimbangkannya kembali. Kosnya cuma RM4-5 setiap tayar untuk penyeimbangan semula jadi periksa tayar anda atau anda mungkin terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk tukar tayar baharu.
Kalau tayar tak cukup angin, tekanan pada tayar akan jadi tidak sekata. Ini akan menyebabkan kereta anda akan bergegar apabila ia bergerak laju. Putaran yang tak sejajar akan menyebabkan tayar menjadi tidak seimbang dan mengakibatkan anda rasa tak selesa dan tak selamat ketika memandu.
Apabila rotor brek sentiasa ditekan dengan kuat ketika membrek, ia akan menjadi meleding kerana terlalu panas. Ini menyebabkan rotor brek akan ‘memakan’ pad brek dan mengakibatkan gegaran apabila brek ditekan. Rotor brek yang meleding sepatutnya diganti segera untuk mengelakkan kemalangan berlaku ketika memandu di masa akan datang.
Perangai Buruk Orang Malaysia Ketika Memandu Di Jalan Raya
Angkup brek (brake caliper) yang rosak boleh menyebab gegaran pada pedal brek dan stereng apabila anda cuba nak membrek. Apabila ini terjadi, anda terbau seperti sesuatu sedang terbakar apabila kereta dah berhenti. Kalau dibiarkan, brek anda akan hilang cengkaman dan kuasa membrek akan jadi kurang.
Pernah tak terjadi, kalau anda memandu di jalan lurus semuanya okay saja tapi apabila anda nak membelok, kereta mula bergegar? Kalau pernah, mungkin kemudi kuasa (power steering) yang bermasalah. Kalau ini terjadi, periksa takungan cecair kemudi kuasa anda untuk sebarang kebocoran. Takungan boleh dijumpai di ruang enjin tetapi kedudukannya berbeza mengikut model kereta, tetapi anda boleh mencarinya dengan mudah memandangkan penutup takungan akan berlabel dengan ‘Power Steering Fluid’.

Kemudi kuasa memerlukan cecair yang cukup untuk pemanduan yang lancar. Kalau tak cukup, anda boleh hilang kawalan kereta anda dan anda akan rasa sangat susah ketika nak membelok dan seterusnya menyebabkan gegaran.
Teknik Membelok Di Persimpangan
Anda berisiko untuk merosakkan sistem kemudi kuasa jika anda meneruskan pemanduan dengan kebocoran yang. Segera hantarkan ke bengkel supaya mekanik
Komentar