Tajuk yang berkaitan masyarakat dan negara selalu menjadi pilihan dalam soalan karangan Bahasa Melayu. Namun begitu, pelajar juga harus bersiap sedia untuk menjawab soalan yang mengaitkan isu-isu global. Idea dan pengetahuan pelajar perlu kukuh dan faham akan isu tersebut supaya penulisan karangan masing-masing menepati arahan soalan yang diberikan. Berikut adalah contoh karangan faktor-faktor yang menggalakkan pelaburan asing sebagai rujukan pelajar.
Soalan berkaitan ekonomi dan fakta ini perlu diambil berat oleh pelajar kerana isi yang diberikan perlu tepat dan memenuhi kehendak soalan. Justeru, bimbingan daripada guru juga penting agar konteks penulisan para pelajar difahami dan menjawab soalan yang diberikan. Penambahan peribahasa dan frasa menarik akan memberikan daya tarikan yang lebih kepada pembaca dan penanda kertas pelajar.
Semasa Pelabur Asing Impak Dan Strategi Pelaburan Di Malaysia title=BM SPM 2017 Karangan Isu Pelaburan style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTJ79pvl80WVhNtGdqOJu3naw3c6dZJOuI9SFtHcSNK2YEA_O-DDE2w88EA-mu6ebmiEA0&usqp=CAU'; />
Sejak negara menikmati arus kemerdekaan kita dapat menyaksikan kemasukan pelabur-pelabur asing dalam meransang ekonomi negara kita. Ia merupakan nadi utama dalam pendapatan negara kerana ia adalah batu loncatan untuk negara kita dalam mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain. Justeru, langkah-langkah dalam menarik kedatangan pelabur asing perlulah dikenal pasti dan direncanakan agar ekonomi negara mendapat suntikan yang baik untuk terus berkembang maju dan berdaya saing. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menggalakkan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita?
Pelaburan 2019: Pulau Pinang Catat Fdi Tertinggi Dalam Negara Dan Sejarah Negeri
Faktor utama dalam menarik pelabur asing adalah dengan melihat kepada landskap politik sesebuah negara. Pelabur asing lebih berminat untuk melabur dalam negara yang mempunyai kestabilan politik dimana perusahaan mereka tidak berisiko untuk mengalami kerugian. Misalnya, apabila tiada kestabilan politik di sesebuah negara, berlaku rusuhan dan demonstrasi jalanan yang mengganggu ekonomi negara. Kestabilan politik menunjukkan negara tersebut mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas dan komited dalam memperbaiki kedudukan ekonomi masing-masing. Dengan keyakinan ini, pelabur asing akan mempercayai birokrasi negara tersebut dan bersetuju untuk melabur. Maka, kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk memilih pemimpin yang terbaik dalam kalangan ahli politik negara supaya mereka dapat melunaskan amanah rakyat dengan baik seterusnya membawa negara ke arah kemajuan sejagat.
Selain itu, negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik juga antara faktor yang menarik pelabur asing. Hubungan bilateral dan multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan hubungan perdagangan yang baik antara Malaysia dengan negara lain. Hubungan bilateral diperkukuh melalui lawatan diplomatik sama ada oleh Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri atau Menteri Perdagangan dan Antarabangsa ke negara-negara lain. Contohnya, lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Jepun dan United Kingdom. Hubungan multilateral pula diusahakan dengan menyertai persidangan pertubuhan yang melibatkan pelbagai negara seperti ASEAN. Persidangan ini akan merancakkan ekonomi serantau disamping membantu negara-negara Asia tenggara yang lain dalam memperkenalkan model ekonomi terkini dan menguntungkan. Oleh itu, jelaslah bahawa hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara lain sejak Malaysia menjadi negara berkecuali hingga sekarang amat berkesan untuk meningkatkan pelaburan asing di negara kita.
Faktor lain yang mampu menggalakkan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita adalah dengan mempunyai infrastruktur yang serba lengkap. Prasarana seperti sistem pengangkutan yang sistematik seperti pelabuhan dan lapangan terbang, bekalan elektrik dan air yang berterusan serta sistem telekomunikasi yang cekap harus disediakan untuk kemudahan kilang-kilang beroperasi. Prasarana ini merupakan prasyarat yang amat penting untuk membawa produk pelabur ke luar negara dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Zon perdagangan yang strategik juga harus diperbanyakkan. Zon perdagangan ini haruslah dekat dengan sumber bahan mentah terutamanya hasil pertanian seperti kelapa sawit agar ia tidak rosak dan berada dalam kualiti terbaik sebelum sampai ke kilang pemprosesan. Contoh zon perdagangan ialah di Shah Alam, Gurun dan Senawang. Lebih banyak kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing. Natijahnya, pelabur baru amat mengutamakan zon perdagangan yang lengkap dengan segala infrastruktur yang terancang.
Bagaimana Kestabilan Politik Beri Impak Kepada Pasaran Saham?
Sementelahan itu, bekalan tenaga kerja profesional turut memainkan peranan penting dalam menarik pelabur asing ke negara kita. Daya produktiviti sesebuah kilang akan meningkat dengan adanya banyak tenaga kerja tempatan yang mahir dan pakar. Oleh itu, jumlah rancangan latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kerajaan juga perlu memastikan latihan vokasional dan graduan yang cukup untuk memenuhi keperluan industri dan pelabur. Pekerja-pekerja pula harus mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyeleweng wang syarikat serta tidak mengamalkan gejala rasuah demi memelihara maruah negara kita yang berdaulat ini. Rentetan itu, para pekerja haruslah sentiasa diberikan latihan agar kepakaran mereka sejajar dengan perkembangan semasa serta masalah pengangguran akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan itu akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai faktor yang mendorong pada galakan kedatangan pelabur asing dalam negara. Semua pihak perlu memanifestasikan fikiran dalam melaksanakan langkah terbaik untuk memastikan ekonomi negara sentiasa berkembang bukan sahaja bergantung kepada pelabur asing tetapi dengan membantu sedaya upaya untuk menaikkan perusahaan tempatan yang berpotensi untuk memecah pasaran global suatu hari nanti. Bak kata peribahasa Melayu, kera di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan dimana kita melebihkan orang asing sebaliknya kita perlu menyokong usaha dan produk hasil titik peluh anak watan. Semoga Malaysia menjadi destinasi pilihan pelabur asing disamping perusahaan tempatan mengecapi pasaran global dan mengharumkan nama negara di persada dunia.Pelaburan langsung asing (FDI) adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang, lombong dan tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi.
Pelaburan langsung asing merujuk kepada individu, syarikat atau institusi kewangan yang melabur di negara lain dan memiliki lebih daripada 10% ekuiti syarikat. Ini bermaksud, ia membolehkan pelabur mengawal dan mempengaruhi operasi dan proses syarikat.
Esei 8 Pengajian Am Smk Agaeseh Lahad Datu
Terdapat banyak kelebihan pelaburan asing, antaranya ialah ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Apabila pelabur membuat pelaburan di sesebuah negara, ia akan menyebabkan peningkatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, di mana, ia meningkatkan peluang pekerjaan, seterusnya mengurangkan kadar pengangguran, dan sekali gus dapat mengurangkan gejala sosial yang disebabkan oleh pengangguran.
Selain itu, pelaburan asing juga dapat meningkatkan infrastruktur negara dan memajukan kawasan mundur dengan membina kilang, gudang dan juga prasarana lain yang diperlukan. Pelaburan asing menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian yang baru di kawasan luar bandar.
Apabila kawasan perindustrian dibuka di kawasan luar bandar, maka kawasan itu juga akan bertambah maju dan dapat menjadi kawasan bandar yang maju selari dengan kawasan perbandaran yang sedia ada. Hal ini kerana, akan bermula pembukaan kedai-kedai, pejabat, pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan disebabkan oleh adanya penempatan yang baru.

Tarik Semula Pelabur Asing
Kekurangan pelaburan asing adalah ia memberi risiko kepada peniaga tempatan atau kecil. Perkara ini disebabkan oleh jumlah pelaburan asing adalah besar dan tujuan utama mereka bukanlah untuk peroleh untung atau rugi, tetapi merebut bahagian pasaran terlebih dahulu. Mereka juga mula menjual produk mereka pada harga di bawah harga pasaran yang mana dapat menarik perhatian masyarakat.
Disebabkan itu, peniaga tempatan atau kecil mungkin tidak dapat bertahan dan perniagaan mereka akan ditutup. Hal ini dapat dibuktikan dimana ada sesetengah barang di pasaran, produk yang dikeluarkan oleh pelaburan asing lebih murah berbanding harga barang tempatan dan menyebabkan produk mereka laris di pasaran.
Selain itu, pelaburan asing boleh menyebabkan perniagaan di sesebuah negara itu didominasi oleh syarikat asing. Terdapat kemungkinan syarikat tempatan akan kehilangan kawalan terhadap perniagaan
Pendidikan Adalah Pelaburan Yang Sangat Penting Dalam Sesebuah Negara
Dan majoriti keuntungan yang diperoleh daripada syarikat perniagaan akan disalur keluar dari negara ini. Bukan itu sahaja, ini juga merisaukan bagi perniagaan kecil dan tempatan kerana mereka tidak mempunyai modal perniagaan yang banyak untuk bersaing dengan syarikat besar pelabur asing yang menggunakan modal perniagaan yang tinggi.
Faktor-faktor dalam menggalakkan dan meningkatkan kedatangan pelabur asing kedalam negara haruslah dikenal pasti dan direncanakan dengan sebaiknya. Kestabilan politik merupakan faktor yang sangat penting dalam sesebuah negara.
Politik yang stabil menandakan negara tersebut mempunyai hala tuju ekonomi yang lebih terjamin. Justeru itu pelabur tidak akan teragak agak dan berminat untuk melabur. Keyakinan pelabur asing akan mendorong mereka untuk mempercayai birokrasi sesebuah negara.
Pelaburan Bahagian B
Birokrasi yang merumitkan sebagai contohnya dari segi pengurusan akan menyulitkan dan melambatkan urusan pelabur dan secara tidak langsung akan memberi kesan yang buruk kepada sesebuah negara. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah memastikan urusan pentadbiran negara berjalan dengan baik dan lancar supaya kesulitan yang boleh memudaratkan negara dapat dielakkan.
Selain itu, hubungan diplomatik yang stabil antara negara juga merupakan elemen yang penting dalam dunia pelaburan asing. Malaysia boleh mewujudkan hubungan perdagangan yang baik dengan negara luar dengan memperbaiki hubungan bilateral dan multilateral.
Hubungan bilateral ini dapat diperkukuhkan melalui pelbagai cara antaranya mengadakan lawatan diplomatik ke luar negara. Sesebuah negara perlulah memanfaatkan hubungan baiknya dengan negara luar dan tidak menjadi negara seperti katak di bawah tempurung, enggan berkerjasama dengan dunia luar dan terpedaya dengan dakyah yang mengatakan kemasukan pelaburan asing itu adalah sama seperti menjual kedaulatan negara.
Malaysia Tawar Insentif Tarik Pelabur
Hubungan multilateral pula dapat dihasilkan melalui sidang pertubuhan yang melibatkan beberapa buah negara seperti ASEAN, Komanwel, OIC dan lain lain. Persidangan seperti ini akan memberi impak terhadap ekonomi negara serta negara asia yang lain.

Infrastruktur sesebuah negara juga perlu dititikberatkan. Prasarana yang disediakan kerajaan seperti sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang, bekalan elektrik serta jaringan komunikasi merupakan elemen yang penting dalam aktiviti pelaburan. Justeru itu kerajaan haruslah menyediakan infrastruktur yang lengkap supaya dapat menarik pelabur asing dengan lebih ramai untuk melabur di negara kita. Infrastruktur yang lengkap dan selesa dapat memberi kesan yang positif dalam negara.
Malaysia telah diletakkan sebagai pilihan kedua di Asia Tenggara selepas Singapura bagi melakukan operasi dan meningkatkan kegiatan pelaburan. Walaubagaimanapun, menurut kajian Standard Chartered, pasaran luar negara tetap kekal menjadi kunci pertumbuhan kegiatan pelaburan ini walaupun wujud ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik dan kesan ekonomi.
Pdf) Pembangunan Teknologi
Menurut kajian itu juga, berlaku penekanan untuk melabur di dalam teknologi digital. Justeru itu, penekanan
Komentar