Pemain bintang sekaligus ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin memberikan nasihat kepada pemain berbakat di rantau Asia Tenggara sekiranya mahu meningkatkan mutu permainan.
Dalam satu temu bual, Chanathip yang menjadi salah satu pemain terbaik negaranya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 menegaskan pemain perlu keluar dari zon selesa dan mencari cabaran baharu jika mahu meningkatkan kualiti dan membantu pasukan kebangsaan masing-masing.
“Akan tetapi, untuk terus mengecapi kejayaan, pemain terbaik dari rantau ini setelah mereka meraih kejayaan di peringkat domestik bersama kelab masing-masing, mereka perlu keluar dari zon selesa dan bermain di peringkat yang lebih tinggi bagi memantapkan lagi kualiti mereka serta meraih pengalaman berharga.
Chanathip Nasihatkan Pemain Berbakat Asean Agar Keluar Dari Zon Selesa, Cari Cabaran Baharu
“Perkara ini pada masa hadapan akan membantu bola sepak Asia Tenggara untuk terus berkembang maju, pasukan akan menjadi lebih kuat dan lebih cepat untuk sampai ke satu tahap yang lebih baik, ” katanya.
Chanathip Songkrasin sememangnya menjadi penanda aras bagi pemain di rantau Asean dimana beliau telah berjaya mengecapi kejuaraan baik bersama skuad kebangsaan Thailand di peringkat antarabangsa dan juga kelab di negaranya seperti Muangthong United.
Pemain berusia 28 tahun ini kemudiannya meneruskan legasinya di Jepun dan beliau sekali lagi mencipta nama di liga terbaik Asia itu sekaligus dianggap sebagai antara pemain import terbaik.
Chanathip Songkrasin Tidak Jadi Ke Spanyol, Tapi...
🎥 HIGHLIGHTS | 🇮🇩 Indonesia 0-4 Thailand 🇹🇭 A massive performance by the War Elephants 🐘 featured some excellent play and beautiful goals ⚽️⚽️⚽️⚽️#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/XXabes8xfv — AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Pemain Hokkaido Consadole Sapporo itu memainkan peranan besar dalam perjalanan Thailand ke pentas akhir dan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir pertama sekaligus menyaksikan skuad Gajah Perang memenangi aksi tersebut dengan keputusan 4-0. Dua lagi gol Thailand dijaringkan oleh Supachok Sarachat dan Bordin Phala.
Perlawanan akhir kedua akan berlangsung pada 1 Januari dan Thailand dilihat hampir pasti untuk memenangi kejuaraan buat kali keenam dan ketiga bagi Chanathip.
Komentar