Berita baik buat pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran kepada pelajar yang berkelayakan untuk menerima pembiayaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2023 Online untuk panduan semua.
Permohonan yang perlu dibuat secara online sepenuhnya ini adalah khusus untuk bakal guru yang mendapat pencapaian yang cemerlang di universiti awam. Selain itu, program ini diharap dapat melonjakkan motivasi bakal-bakal guru yang berpotensi besar untuk kekal cemerlang sekaligus dapat menampung keperluan sekolah di seluruh negara dengan guru yang inovatif dan terbaik.
Ulasan Blog title=Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong Dibuka Hari Ini style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTyQX436X_293IH1njHsaiC8TwOaLL3tHfrA1DXFBoYUSPrPOvxRtT1mOOZTkaQCW86kNI&usqp=CAU'; />
Di bawah adalah maklumat penting seperti tarikh permohonan, cara memohon, syarat-syarat kelayakan dan bidang yang ditawarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda pendidikan ISMP 2023 untuk rujukan semua.
Ralit: Cara Cara Sambung Belajar Luar Negara Bagi Penjawat Awam Iaitu Guru ( Post Graduate Atau Phd)
4. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
3. Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon.
Biasiswa 2023, Ijazah Sarjana Muda & Degree Scholarship
5. Bagi permohonan Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) atau minimum Band C1 bagi keputusan ujian merujuk kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
6. Bagi permohonan Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
7. Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja kecuali bagi calon yang mengikuti kursus minor bagi bidang Teknologi Automotif dan Kimpalan
Garis Panduan Sistem_mata_edited_07062017
8. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada)

9. Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.
Semoga perkongsian mengenai Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2023 Online membantu pelajar yang berminat. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan di atas.Pada bulan November tahun 2020, kami sekeluarga telah ke Istanbul, Turki setelah permohonan aku untuk sambung belajar post-graduate telah diluluskan oleh KPM. Aku cuba untuk berkongsi bagaimana cara membuat permohonan sambung belajar ini sebagai penjawat awam terutamanya guru.
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis: [149] Catatan Pengalaman, Tips Dan Panduan Permohonan Biasiswa Jcorp
Perkara yang penting sebelum kita memohon cuti belajar ini kena tahu program cuti belajar apa yang dibenarkan oleh KPM untuk kita mohon. Ada beberapa jenis program iaitu:
Pemilihan program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa telah dibuat. Kesemuanya menggunakan duit sendiri. Walaupun tak guna sedikit pun duit kerajaan namun kita masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan apabila memohon mana-mana program sekali pun. Bahagian perjanjian dan terma-terma ini nanti akan dibincang di posting lain.
Kalau ikutkan sebelum memohon dengan ketua jabatan (perlu maklum juga sedikit dengan ketua jabatan tentang perancangan kita agar beliau tak keberatan nak sokong permohonan) kita perlu membuat perancangan pelajaran untuk kita maklumkan kepada Bahagian Tajaan dan Biasiswa KPM. Perancangan pelajaran itu perlu ada berapa lama kita akan habiskan masa untuk belajar, course apa yang akan diambil dan apa perancangan selepas habis belajar. Template banyak boleh cari dalam google. Taip je Plan Of Study. Sebenarnya aku pun tak buat plan of study ni, selepas lulus permohonan baru aku tahu kena buat. Kena bebel juga la sikit dengan jabatan.
Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama
Course dan perancangan masa tu boleh ambik dalam web fakulti universiti yang nak dimohon di bahagian struktur kursus dan takwim. Dari situ dah boleh rancang bagaimana nak buat plan of study.
Setelah selesai semua , boleh memohon dengan universiti yang mana nak dimohon. Kebiasaan program post graduate di universiti luar negara akan bermula awal musim luruh dan musim bunga. Jadi kena rajin tengok dalam web universiti pengambilan bulan berapa.
Ok. untuk permohonan dengan universiti kebiasanya dia orang terima jer kalau cukup syarat tapi yang penting kena ada recommend letter dari majikan dan juga tengok bahasa pengantaraan yang digunakan untuk belajar. Kalau macam aku kat Istanbul ada dua pilihan iaitu bahasa Inggeris atau Turki. Kalau bahasa Inggeris, kena ada sijil dah lulus ujian bahasa Inggeris seperti IELTS, PTE atau Toefl. Kalau bahasa Turki pun sama kena ada sijil bahasa, Ada syaratnya juga berapa markah paling minimum untuk lepas. Kena baca elok-elok syarat-syarat semasa memohon, ada universiti yang terima hanya sijil-sijil tertentu sahaja. Satu lagi sijil bahasa yang ada itu hanya laku hanya dua tahun dari tarikh yang di ambil. Jadi rancang elok-elok.

Tajaan Penuh Pendidikan Tinggi Peringkat Diploma Dan Ijazah Oleh Maiwp
Setelah dapat tawaran dari universiti, baru aku mohon dengan KPM untuk cuti belajar ni. Perkara pertama kena buat ialah kena tengok dalam borang permohonan ada senarai dokumen yang perlu disediakan dan disahkan oleh ketua jabatan. Perkara ini akan ambil masa lama sedikit untuk selesai. Ada 6 borang yang perlu di isi dan dibuat salinan slip gaji, ijazah, spm, isytihar harta terkini, takwim belajar dan salinan buku perkhidmatan.
Ada 3 borang yang perlu ditandatangani oleh 3 orang dari jabatan yang berlainan. Ini yang kalau hantar by post ambil masa 2 3 bulan baru nak selesai. Yang pertama dengan ketua jabatan kita, keduanya dengan pengarah JPN dan yang ketiga dengan ketua Bahagian Profesionalisme Guru. jadi kalau hendak cepat selesai macam aku buat, aku hantar by hand kesemuanya dan aku tunggu kat pejabat sampai bos dia tandatangan. Disebabkan itu aku dapat selesaikan dalam masa 2 minggu. Kalau tak memang borang tu akan duduk belah bawah sekali dan tunggu ketua masing-masing nak tandatangan.
Setelah selesai kesemuanya sehingga sampai ke Bahagian Profesionalisme Guru, kita dah boleh lega sedikit sebab Bahagian Biasiswa dan Tajaan takkan lulus permohonan cuti belajar jika Bahagian Profesionalisme (BPG) tak sokong dan tandatangan borang permohonan kita. Dah setel dengan BPG baru hantar ke Bahagian Biasiswa. Ini pun aku hantar by hand jugak untuk pastikan dokumen tu betul-betul sampai ke tangan orang yang incas permohonan ni.
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
Permohonan aku ini agak kontroversi juga sebenarnya disebabkan lulus dalam masa 2 minggu je dari tarihh yang aku hantar ke bahagian. Kiranya aku bagi alasan diaorang kena luluskan jugak cuti belajar ini sebab aku dah bayar separuh yuran belajar dekat universiti. Alhamdulillah. Dapat respon yang baik. Kebetulan tarikh surat lulus cuti belajar aku adalah sama dengan cikgu-cikgu yang dapat tawaran HLP.
Ok selesai bahagian bagaimana aku mohon cuti belajar dengan KPM. Jadi buatlah perancangan betul sebelum memohon program Cuti Belajar agar lancar je permohonan korang. Kena sediakan alasan yang munasabah bagi diaorang luluskan cuti belajar. Bagi yang nak bertanya boleh tinggalkan komen kat bawah. Nanti aku balas ikut pengetahuan dan pengalaman aku.
Nanti aku akan ceritakan jugak bagaimana pulak kami sekeluarga boleh keluar negara walaupun musim covid ni kerajaan tak benarkan orang keluar. Sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. Terima kasih.
Komentar