Tanda-Tanda Darah Tinggi Semasa Hamil Kesihatan Ibu dan Bayi dalam Bahaya?

Ketika berbadan dua, pelbagai gejala kehamilan dan masalah perubatan yang akan dilalui oleh ibu, salah satunya adalah tekanan darah tinggi atau hipertensi. 

Sememangnya, masalah tekanan darah tinggi kerap berlaku dan sukar untuk dielakkan. Bahkan, statistik menyatakan bahawa hipertensi terjadi dalam kalangan 1 hingga 5 peratus wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung terjadi dalam kalangan 5 hingga 10 peratus wanita hamil.

-Bahaya title= style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSPrrHo3pUgtsvMYzfwPVem5vcep_7_fz9XESZoX3dUzUq76gCHzlaKFqUj6Z1iWcaSnDQ&usqp=CAU'; />

Persoalannya di sini, apa yang menyebabkan penyakit ini berlaku? Apakah akibat jika ibu hamil mengalami darah tinggi? Ibu, jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih banyak info mengenai masalah tekanan darah tinggi terhadap wanita hamil.

Tanda Tanda Awal Kehamilan

Adalah perkara biasa untuk anda mempunyai hipertensi apabila sedang hamil. Sehingga 8% wanita hamil di Amerika mempunyai tekanan darah tinggi, biasanya semasa kehamilan pertama mereka. Jika anda mula-mula menghidapinya semasa anda sedang mengandung, ia dipanggil sebagai hipertensi gestational atau hipertensi akibat kehamilan (PIH).

Kebanyakan wanita yang mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung memiliki kandungan dan bayi yang sihat. Walau bagaimanapun, kewujudan penyakit ini semasa kehamilan juga boleh menjadi tanda keadaan lain yang mana ia boleh menjadi lebih berbahaya.

Hipertensi gestational atau hipertensi akibat kehamilan berlaku apabila tekanan darah anda meningkat di separuh kedua kehamilan, atau lebih awal jika anda mengandungkan anak kembar. Tekanan darah ialah daya tolakan darah terhadap dinding arteri melalui saluran darah. Apabila daya ini mengukur lebih daripada 140/90 mm Hg dan pertama kali dikesan pada 20 minggu kehamilan atau lebih lewat, doktor akan menganggap tekanan darah anda tinggi.

Langkah Kawal Hipertensi, Elak Kematian

Namun anda tidak perlu begitu risau, apabila anda mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil, bacaan tekanan darah anda sepatutnya boleh kembali normal kira-kira 6 minggu selepas anda bersalin.

Perhatian ibu, tekanan darah tinggi boleh membahayakan anda dan bayi. Kesan darah tinggi boleh menjadi ringan atau sangat teruk. Ia mungkin tidak menimbulkan masalah, atau juga mungkin boleh:

Dalam pada itu, tekanan darah tinggi ketika kehamilan boleh menjadi lebih teruk apabila anda mengandungkan anak kembar. Dalam kes yang teruk, penyakit ini boleh membawa kepada preeklampsia, juga dikenali sebagai toksemia. Ia boleh membahayakan plasenta serta otak, hati, dan buah pinggang anda. Dengan menghamilkan anak kembar, terdapat kemungkinan lebih tinggi bahawa plasenta akan terlepas dari dinding rahim.

Saya Tak Sedar Hamil

Ibu hamil perlu ingat, preeklampsia boleh menyebabkan eklampsia di mana ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dan serius yang boleh menyebabkan sawan dan koma, malah lebih teruk, kematian.

Walaupun punca di sebalik setiap kes tekanan darah tinggi ketika hamil tidak jelas, namun terdapat beberapa faktor risiko yang dipercayai menjadi penyebabnya. Antaranya adalah:

Satu lagi punca bacaan tekanan darah melebihi paras normal adalah kemungkinan kes “hipertensi kot putih” (white coat hypertension ) yang mana ia merupakan fenomena yang agak biasa (walaupun anda tidak hamil). Tekanan darah meningkat buat sementara waktu kerana anda gugup atau bimbang dalam penetapan perubatan.

Tekanan Darah Tiba Tiba Tinggi Bila Kandungan 20 Minggu Ke Atas? Awas Ibu Hamil, Ia Mungkin Ancaman Pra Eklampsia

Namun, jika doktor anda mendapati bacaan tekanan darah normal anda melebihi 140/90 pada dua temujanji berasingan, sama ada hanya rasa panik semasa doktor melakukan pemeriksaan atau anda mempunyai salah satu daripada faktor risiko yang disebutkan di atas, doktor mungkin akan mendiagnosis anda dengan hipertensi  kerana anda mungkin mempunyai tanda darah tinggi semasa mengandung.

Walaupun tiada cara spesifik untuk mencegah tekanan darah tinggi semasa kehamilan, anda boleh melakukan beberapa cara bagi memastikan diri anda dan bayi anda sihat sebaik mungkin sepanjang kehamilan anda. 

Pilihan gaya hidup yang sihat boleh membantu mengawal tekanan darah anda. Contohnya kekal aktif dengan bersenam. Bersenam adalah salah satu kunci kepada kehamilan yang sihat.

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Satu kajian kecil menunjukkan bahawa apabila wanita hamil yang berlebihan berat badan berjalan dengan lebih kerap, mereka boleh menurunkan tekanan darah mereka.

Sebaik sahaja anda rasa anda mungkin hamil, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan dan nasihat awal. Pastikan juga anda pergi ke semua temujanji pranatal yang telah dijadualkan.

Bincangkan dengan doktor anda mengenai cara untuk mengurangkan masalah hipertensi. Doktor anda akan mengambil ujian tekanan darah anda sepanjang kehamilan dan mungkin meminta anda untuk memantaunya di rumah.

Tekanan

Tekanan Darah Normal Wanita Hamil Perlu Dijaga, Elak Komplikasi!

Anda memerlukan lebih banyak nutrien semasa hamil. Menurut beberapa kajian, dua daripada nutrien penting iaitu asid folik dan kalsium boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap darah tinggi semasa hamil.

Walau apa sekalipun, pastikan anda mengambil vitamin pranatal dengan dua nutrien ini pada setiap hari. Ini bagi membantu mencegah kecacatan kelahiran dan membantu memastikan anda dan bayi sihat.

Pastikan makanan yang anda ambil ketika hamil adalah berkhasiat. Buah-buahan, sayur-sayuran, roti bijirin penuh, daging tanpa lemak dan produk tenusu rendah lemak adalah yang terbaik untuk anda ambil setiap hari.

Hipertensi Akibat Kehamilan (pregnancy Induced Hipertension)

Tanya juga doktor sama ada anda perlu mengurangkan pengambilan garam dan jika anda kekurangan berat ketika hamil, ketahui juga bagaimanakah cara untuk anda menambahkan berat badan dengan sihat.

Doktor tidak tahu sama ada terdapat jumlah yang selamat untuk wanita minum alkohol, jadi lebih baik untuk anda mengelakkannya. Begitu juga dengan merokok.

Sememangnya, berhenti merokok atau minum alkohol agak sukar bagi mereka yang selalu mengambilnya sejak dari sebelum hamil. Namun ingat, ini adalah cara paling baik untuk meningkatkan peluang bayi anda dilahirkan sihat. Jika anda tidak boleh berhenti sendiri, dapatkan bantuan daripada pakar.

Bahaya Keputihan Semasa Hamil Yang Para Ibu Perlu Tahu

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Tekanan

Baca juga: 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah! Baca juga: Apa Khasiat Daun Sup Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Tekanan Darah Tinggi! Baca juga: Berlari Ketika Hamil Boleh Bahayakan Kandungan Jika Bakal Ibu Tak Buat 4 Perkara Ini!

Serang' Ibu Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!Semasa kursus pengukuhan perancang keluarga peringkat daerah Sabak Bernam diadakan pada 29 Oktober 2015 yang lalu, topik ini telah dibincangkan dan disampaikan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr Hjh Noraini bt Jali.

Siapakah yang berisiko mendapat kencing manis semasa mengandung (GDM gestational diabetes mellitus)? Berikut adalah senarai wanita hamil yang berisiko untuk mendapat GDM:

Wanita yang mempunyai risiko untuk mendapat GDM perlu membuat ujian glucose tolerance (MOGTT) pada usia kandungan seawal mungkin dan diulang pada 28 minggu kehamilan sekiranya bacaan kali pertama normal. Berikut ialah bacaan keputusan MOGTT:

Ibu Hamil, Waspadalah Jika Tekanan Darah Anda Tinggi

Penyakit darah tinggi semasa mengandung bermula selepas 20 minggu usia kandungan tanpa tanda- tanda eclampsia (sawan), dan bacaan tekanan darah kembali normal dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Keadaan penyakit darah tinggi yang berbahaya semasa mengandung dipanggil pre- eclampsia dan eclampsia. Sekiranya penyakit ini dapat dikesan awal, serangan sawan (eclampsia) dapat dicegah. Ini kerana eclampsia boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi.

BMI> 35, kandungan kembar, BP tinggi semasa 'booking', kandungan anggur (molar pregnancy), primigravida, umur ibu >40 tahun, sejarah kandungan lalu- IUGR/ IUD, subfertility > 10 tahun.

Eklampsia: Benarkah Ia Datang Secara Tiba Tiba

Pesakit yang mengalami PP akan mengalami pendarahan (tidak sakit), kerana kedudukan uri di bawah, berdekatan atau melitupi pintu rahim. Jenis- jenis PP dapat dikesan dan diketahui melalui pemeriksaan ultrasound (scan).

Tekanan

Abruptio Placenta pula berlaku apabila uri terpisah dari dinding rahim. Sama ada pendarahan yang berlaku dapat dilihat (revealed) atau terselindung (concealed). Pesakit akan atau tidak mengalami pendarahan tetapi abdomen terasa sakit dan mengeras. Risiko kematian bayi dan ibu adalah tinggi untuk masalah pendarahan sebegini.

Hampir separuh daripada wanita mengandung di dunia ini mengalami masalah anemia (kekurangan Hemoglobin, sel darah merah). Keperluan zat besi dan vitamin juga tinggi semasa mengandung disebabkan perubahan fisiologi badan. Normal Hb bagi seseorang wanita ialah 11- 13g/dL. Anemia berlaku apabila Hb<11g/dL. Kebanyakan wanita mengalami 'mild anemia' iaitu anemia ringan. Tanda- tanda anemia teruk seperti cepat penat, lesu, pitam, dada berdebar- debar, sukar bernafas dan pucat. Prevalen anemia tinggi di kalangan remaja India, diikuti kaum Melayu dan Cina.

Elak Kehamilan Berisiko Tinggi

Wanita hamil disaran untuk mengambil diet yang tinggi zat besi dan supplemen hematinic, serta mengurangkan makanan yang boleh merencat penyerapan zat besi untuk mengelakkan masalah anemia.

Asma akan menjadi lebih teruk semasa mengandung dalam 35% kes, bertambah baik (28%), tidak berubah (33%) dan 4% lagi tidak pasti. Asma boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi,  bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.

Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan anda. Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Awas Anak Muda! Jika Alami Tekanan Darah Tinggi, Segera Lakukan 5 Perkara Ini

Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.

Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).

1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.

-

Masalah Ibu Mengandung: Ini Info Lengkap Ibu Hamil Kena Tahu!

Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda