Pembelajaran adalah satu perubahan tingkahlaku.Ini bermaksud pembelajaran sudah berlaku apabila murid-murid mampu melakukan sesuatu yang baru berbanding dengan sebelumnya.Pembelajaran memerlukan seseorang mengambil tindakan baru atau mengubahsuai yang sedia ada.Oleh itu, pembelajaran dinilai berasaskan kemampuan murid-murid kita untuk membaca, menulis, mengira atau melakukan sesuatu.
Dalam konteks pendidikan, pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkahlaku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan.Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya untuk mengaplikasikan ilmu yang baru diperolehi dalam situasi kehidupan seharian.Pembelajaran juga merupakan satu proses belajar yang terdiri daripada guru, pelajar dan subjek yang diajar.Proses pembelajaran ini akan berkaitan dengan dengan beberapa teori dan konsep di dalam ilmu pendidikan.
Untuk Pelajar title=Tips Belajar Sejarah style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7EmWI51MkCB-RezuP-GOQ_2KuyhUBKun1gMiGbOw25CRbzspvF74oPR56e4UDDnZ4Kro&usqp=CAU'; />
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Masalah pembelajaran boleh wujud di sebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah perbezaan individu.Aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti fizikal, emosi, mental, social, budaya, personaliti, bahasa, agama dan gaya kognitif. Melalui perbezaan-perbezaan inilah berlakunya masalah pembelajaran dalam proses P & P. Menurut Atan Long (1978), perbezaan individu memberi kesan besar terhadap pelbagai tingkah laku dalam dalam kelas. Perbezaan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap gaya berfikir pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti masalah ini bagi memastikan P & P yang di ajar dapat disampaikan dengan berkesan. Di dalam ilmu psikologi pendidikan telah dibahaskan beberapa kaedah dan teori pembelajaran bagi menyelesaikan masalah-masalah ini.
Kaedah Belajar Sejarah Sambil Bermain Kad Bertema
Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang mengajar subjek Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 mendapati rata-rata pelajar mengatakan menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi mereka ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi pasif..Saban tahun, inilah masalah utama yang dihadapi oleh guru Sejarah di sekolah.
Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita kerana negara kita juga memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya kepentingan sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang mempunyai satu bahasa.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir.
Bab 3: Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pembelajaran ( Asas Ulum Syar'yyah, Adab Dan Akhlak Islamiah Dan Pelajaran Jawi)
Robert M Gagne (1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap dianggap sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Persoalan yang mendorong dan meransangkan Gagne adalah untuk mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk pembelajaran berlaku.
– Terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalan dari memori, membuat respon verbal kepada input, kebolehan melabel menamakan fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-maklumat yang berkaitan.
– Terdiri daripada kemahiran berdiskriminasi, mengkategorikan mengikut cirri-ciri fizikal atau abstrak, pengaplikasikan prosuder-prosuder mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan masalah atau tugas.Ia mengandungi beberapa aras iaitu diskriminasi, konsep konkrit, penggunaan peralihan dan penyelesaian masalah.
Strategi Pdp Kbat Terjamin Senang Dan Efektif Di Bilik Darjah
– Merujuk kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan, keputusan dan model mental.
– Merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru dikuasai. Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat dengan logical dan rasional.
Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui deria. Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer iaitu input ransangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek. Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.
Kssm Tingkatan 4 Sejarah
Mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer iaitu input ransangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek. Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya berusaha untuk belajar.Di sini guru Sejarah memainkan peranan penting untuk memotivasi dan memupuk minat pelajar untuk membaca kerana mata pelajaran sejarah memerlukan banyak pembacaan.Pada fasa ini juga guru perlu memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran.
Sejarah Paper3 Spm Soalan Kbkk
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
Dalam fasa ini, pelajar memerlukan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan. Pada fasa ini, pelajar meringkaskan fakta sejarah menggunakan kemahiran tersendiri seperti membentuk peta minda untuk memudahkan mengingati isi penting.Fasa ini penting untuk meransang ingatan semula apabila diperlukan.
Tanya Che'gu Sejarah: Kemahiran Belajar Sejarah Spm
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang pelajar berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa iaitu dengan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada.
Masterclass Sejarah Tingkatan 3 Kssm
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.
Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran dan memberi kesan dalam pengajaran . Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.Menurut Gagne proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.
Cara Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru
Mengikut teori Gagne, guru hendaklah memulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Contohnya dalam pengajaran tajuk Sejarah Kesultanan Melayu Melaka guru boleh bersoaljawab dengan pelajar mengenai tempat-tempat sejarah di Negeri Melaka. Guru juga perlu merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan melalui perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang akan diajar. Penekanan kepada isi pengajaran yang penting dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan seperti mengedarkan
Komentar