Sementara itu dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Hakim Amir Osman berkata, zakat bertujuan menyuburkan dan membersihkan harta perniagaan daripada sebarang unsur salah timbang dan sebagainya.

Jelas beliau, zakat perniagaan dibayar apabila cukup syarat dan haul dengan kadar 2.5 peratus atau satu per 40 harta mengikut syarat tertentu.
Kaedah Kiraan, Cara Bayar Zakat Simpanan Di Malaysia 2023
Syarat wajib zakat perniagaan ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dengan paras minima RM11, 308, cukup haul iaitu genap setahun tempoh perniagaan dijalankan serta niat untuk berniaga, ” katanya.
Selain itu Abdul Hakim berkata zakat perniagaan boleh dikenakan kepada beberapa jenis perniagaan seperti syarikat berhad, syarikat Sdn Bhd, koperasi, perusahaan, perbankan, perniagaan dalam talian, pasar malam mahupan peniaga gerai.
Terdapat tiga kaedah pengiraan zakat perniagaan secara praktikal iaitu melalui modal kerja, modal berkembang dan untung bersih bagi peniaga pasar malam atau gerai yang tidak mempunyai akaun perniagaan.
Untuk Membersihkan Harta...,
Sementara itu menurut Abdul Hakim, bagi syarikat atau koperasi yang membayar zakat, pemegang saham tidak perlu lagi membayar zakat atas saham dan dividen yang diterimanya.
Bagaimanapun jika syarikat atau koperasi tidak membayar zakat, maka pemegang saham muslim dalam institusi berkenaan wajib menunaikan zakat atas saham dan dividen mereka.
“Inisiatif mengira dan membayar zakat adalah terletak ke atas Lembaga Pengarah yang telah diamanahkan oleh pemegang saham dan ahli-ahli bagi menjalankan urusan perniagaan.
Jenis Zakat Harta & Cara Kira Zakat
Sekiranya Lembaga Pengarah tidak mendapat mandat bagi menggunakan wang syarikat atau koperasi untuk membayar zakat, maka usul hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham atau ahli-ahli untuk membayar zakat.
Katanya lagi, formula untuk mengira sama ada seseorang umat Islam di Wilayah Persekutuan layak untuk membayar zakat boleh diperoleh melalui laman web
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan peraturan dan terma Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya. kami.Jumlah Terimaan Dan Perbelanjaan Zakat (Real-Time Update) Kadar Nisab Zakat : RM 21, 553.15 (1444H/1445H) Kadar Zakat Fitrah : RM7.00 sahaja, bagaimanapun mana-mana pembayar yang ingin membuat bayaran RM14.00 atau RM21.00 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan. Muat turun : Borang Zakat Soalan Lazim : FAQ Zakat, FAQ Zakat Perniagaan e-Perkhidmatan : e-Zakat Payment Sistem ePembayar Kalkulator Zakat Sistem e-PTG Zakat Perbankan Internet Taksiran Fidyah Puasa e-Fidyah Info : Pusat Mini Pungutan Zakat (PMPZ) Senarai Nama Syarikat (Melalui Potongan Gaji) Laporan : Statistik Pungutan Zakat
Zakat Wang Simpanan
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. - Surah An-Nur : 56
Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya. - Surah At-Taubah : 103
Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya. - Surah Adz-Dzariat : 19
Zakat Perniagaan: Semua Yang Anda Perlu Tahu
Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Hamba abdi tidak diwajibkan berzakat kecuali zakat fitrah sahaja, namun itupun tuannya dikehendaki mengeluarkannya. Pada masa sekarang persoalan hamba abdi mungkin tidak timbul. Bagaimanapun syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat kerana persoalan hamba ini merupakan salah satu syariat yang tetap kekal.
Harta yang ingin dizakatkan hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambilkira di dalam pengiraan zakat.
Zakat Perniagaan Suburkan Harta
Nisab ialah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta (Mal) menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu sebanyak 85 gram atau 20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab untuk pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.
Bagi harta yang disandarkan pada nilai emas iaitu Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Saham ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan.
Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran wajib, dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu, dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.
Zakat Emas & Perak
Berpandukan kepada ACP 1967 di atas, setiap bayaran zakat atas individu sama ada zakat harta boleh mendapat rebet atau tolakan daripada cukai pendapatan seseorang. Rebet zakat hanya diperolehi jika bayaran zakat dibuat pada tahun semasa taksiran cukai pendapatan.
Sekiranya jumlah bayaran zakat yang dibuat melebihi daripada cukai pendapatan yang dikenakan dalam satu tahun itu, maka setakat jumlah zakat yang mendapat rebet / tolakan adalah setakat jumlah cukai pendapatannya sahaja. Ini bermakna seseorang itu tidak akan dikenakan cukai pendapatan pada tahun tersebut tetapi lebihan zakat setelah ditolak daripada cukai pendapatan itu, tidak boleh dibawa untuk mendapat rebet bagi tahun hadapannya ataupun dikembalikan kepada pembayar.
Hanya RM1, 500 sahaja daripada jumlah zakat yang dibayar dalam tahun 2001 itu yang boleh mendapat rebet untuk Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2001 manakala lebihan zakat sebanyak RM150 lagi itu tidak boleh dibawa kehadapan bagi Tahun Taksiran 2002. Bayaran Zakat Perniagaan Syarikat dan Koperasi layak mendapat pelepasan cukai.
Panduan Pengiraan Zakat Emas
Mulai tahun 2004, Zakat Perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat dan koperasi kepada pihak berkuasa agama Negeri (MAIK di negeri Kelantan) adalah dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai pendapatan tertakluk kepada syarat :
Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.
Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. - (Surah Al-Baqarah : 267)
Kanak Kanak Wajib Zakat Jika Simpanan Lebih Rm15,762
Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.
Kebanyakan urusniaga yang dijalankan pada hari ini adalah melibatkan matawang sebagai alat pertukaran. Setiap negara mempunyai nilai matawangnya sendiri dan penentuan nisab zakat matawang adalah bergantung kepada harga nisab emas iaitu 85 gram emas.
KWSP adalah caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.KWSP tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu milik sempurna. Ia hanya dikenakan zakat apabila pencarumnya mengeluarkan wang tersebut dari tabung KWSP.

Cara Kira Zakat Perniagaan & Syarat Di Selangor Online
Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. Dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negeri Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun.
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat; mereka takutkan kepada suatu hari yang hati penglihatan menjadi goncang (berbalik-balik). (Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan dari apa yang mereka kerjakan dan supaya Allah menambahkan kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas. - (Surah An-Nur:37-38)
Zakat perniagaan hanya dikenakan ke atas orang yang Islam. Bagi perniagaan yang terdapat orang Islam dan bukan Islam, hanya sebahagian atau kepentingan orang Islam sahaja dikenakan zakat.
Authorized Dealer Public Gold Asia: Tips Pengiraan Zakat Emas
Jumlah aset yang menjadi asas pengiraan zakat mestilah menyamai atau melebihi paras nisab. Nisab zakat perniagaan ialah bersamaan dengan nilai 85 gram emas harga semasa.
Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu. - (Surah At-Taubah : 34-35)
Jutawan Emas Powergold: Zakat Emas
Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50, 000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka.
Komentar