Mata Wang Timah Melaka Semasa Pemerintah Melaka Jejak Sejarah dan Kekayaan Malaysia

Menurut Husain Mahmud, (1967) ‘Wang’ ialah setiap benda yang boleh digunakan sebagai alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu benda yang lain, atau pun yang diterima sebagai pembayaran hutang.Wang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, ‘Wang barangan’ iaitu wang yang berbentuk barang-barang seperti garam, daun teh, rokok, tembakau, alat senjata dan lain-lain bergantung kepada peringkat kemajuan, keperluan hidup manusia dan peredaran masa atau zaman. Kedua, ‘Wang Syiling’ atau ‘Koin’ yang diperbuat daripada logam-logam seperti emas, perak, nikal, zink, aluminium, gangsa dan sebagainya. Akhir sekali ialah ‘Wang Kertas’. Dalam bahagian ini, jenis dan ciri-ciri matawang di Tanah Melayu akan diperincikan di beberepa buah negeri di Tanah Melayu seperti Melaka, Johor Kelantan dan Kedah.

Sebelum kedatangan bangsa Eropah di Tanah Melayu, masyarakat Melayu sudah mempunyai sistem mata wang dan ukur nilai yang tersendiri. Semenjak kedatangan Islam di Kepulauan Melayu, apabila pemerintah-pemerintah di Kepulauan Melayu memeluk agama Islam antara tahun 13 hingga 16 Masihi, penduduk-penduduk di bawah pemerintahan Raja di negeri tersebut turut sama memeluk agama Islam bersama-sama pemimpin mereka. Kesan dari itu, pengaruh agama Islam sangat ketara diamalkan dalam semua aspek kehidupan dan pemerintahan di sesebuah negeri di Kepulauan Melayu dan jajahan takluknya. Menurut sejarah, terdapat banyak wang berbentuk koin syiling yang diperbuat daripada logam seperti emas, perak dan timah yang telah dijumpai tertanam di dalam tanah, dasar sungai dan simpanan peribadi oleh orang tua terdahulu. Perkembangan mata wang di kebanyakan negara di Kepulauan Melayu berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti perdagangannya.

Antique

Di Melaka, Penggunaan syiling emas ini dapat dilihat melalui Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Menurut kajian yang dibuat oleh Liaw Yock Fang (2003), Undang-Undang Melayu lama adalah bahan kajian penting bagi mengambarkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan susunan masyarakat Melayu lama. Undang-undang ini disusun di Melaka kemudiannya ditambah dan disesuaikan di pelbagai kerajaan di Nusantara antaranya kerajaan Kedah, Patani, Johor dan Aceh. Ia juga dipercayai pernah digunakan di Pahang, Riau, Pontianak dan Brunei. Terdapat lebih daripada 40 naskah dalam bentuk panjang, pendek dan fragmen telah ditemui. Undang-Undang Laut Melaka ini digunakan semenjak zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Di dalam Fasal 21, turut dinyatakan denda yang dikenakan ke atas orang yang membunuh kerbau milik orang mahupun yang liar. Unit piawaian yang digunakan ialah setahil, setengah, sepaha, kupang dan bilangankepingan emasyang perlu dibayar sebagai pampasan atas kerugian yang ditanggung mereka.

Not Rm1 Dibayar Rm6,000

Duit syiling pertama dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1456/9) yang pada mukanya terteranama Sultan yang memerintahdan belakangnya dengangelaran Islambaginda. Antara ciri menarik pada syiling ini ialah iatidak dpengaruhi duit tunai Cinadan kebanyakannya tidak dibuat dengan cara tuangan atau acuan tetapiditempa menggunakanDiedantiada lubang di tengahnya. Memandangkan tulisan yang terdapat pada duit-duit timah itu menyerupai tulisan dari India Selatan, maka sesetengah ahli numismatik berpendapat bahawa pembuatdietersebut dibuat orang India dan bukan Melayu. Terdapat juga pembuatdietempatan yang mahir menempa syiling-syiling pada zaman tersebut dan mudah dibezakan sama ada syiling tersebut di ukir oleh orang tempatan atau orang luar berdasarkan kehalusan seni tangan pada syiling tersebut. Selain itu, duit syilingemas dinardanpitis timahdari Pasai turut diperkenalkan ke Melaka oleh pedagang Arab dan India Muslim yang berdagang di sana. Selain itu, terdapat juga duit syiling tembaga Cina dibawa masuk khususnya pada kurun ke-10 dan 11 Masihi. Hasil lawatan diplomatik antara Maharaja China dengan Sultan Iskandar Shah pada 1419 yang memberi kebenaran untuk Sultan Melaka mengeluarkan duit syiling sendiri telah membawa kepada penempaan duit timah Melaka.

Di Johor pula, Johor telah rnewujudkan matawang emas dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah I (1527/28-1564). Matawang ¡ni merupakan yang tertua pernah digunakan di negeri Johor. Menurut MOHD Kassim Haji Ali (1984), duit itu dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitudinardankupangdan ianya diterima oleh sebahagian besar Asia Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang ditetapkan pada setengab (1/2) dan sperlapan (1/8) Dolar Sepanyol. Satu emas bersamaan dengan empat Kupang. Mulai pertengahan abad Ke-16, emasdianggap bernilai separuh dari dolar Spanyol atau bersamaan denganempat tangaperak Portugis. Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya hanya digunapakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil li (1571-1597) dan Sultan Abdullah Riayat Syah (1615-1623) sahaja. Menurut Abdullah Zakaria & Zainal Abidin (1994), duit emas ia adalah berbentukbulat, permukaan depan terteratulisan jawi atau Arabdengannama Sultan yang memerintah, manakala bahagian belakang pula terdapat kata-kata pujianKhalifatul Mukminin. Semasa pemerintahan Sultan Abbdul Jalil (1623-1677) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling berbentuksegi lapanyang diperbuat daripada perak.

Di Kelantan pula, wangDinaryang terawal diterbitkan adalah dari Negeri Kelantan & Pattani kerana pekerjaan melombong emas serta mencari emas urai di dalam sungai-sungai telah lama dijalankan dengan pesatnya di Negeri Kelantan. Kebanyakan emas yang dilombong, dijadikan jongkong emas dan dijual kepada pedagang terutamanya pedagang Arab. Bermula dengan sistem barter, kepesatan perdagangan telah menyebabkan perlunya penggunaan mata wang yang membawa kepada penempaanDinardanDirhammelalui hubungan antara pedagang Arab yang datang membawa Dinar dan Dirham mereka sehingga menarik perhatian Raja negeri itu untuk menempa Dinarnya sendiri. Faktor bahawa negeri-negeri di pantai timur menerima Islam lebih awal, duit syiling emas digunakan sejak kurun ke-17 lagi. Duit syiling emas Kelantan-Patani hanya ditempa dalam satu jenis nilai sahaja iaitu dalam 0.7 gram emas. Duitmasini digunakan sebagai unit perkiraan, penduduk tempatan memanggilnya sebagai mas dinar. Perkataan ‘Dinar’berasal dari perkataan Rom iaitu ‘Denarius’yang telah menempa mata wang emas dan peraknya sendiri semasa kerajaam Rom dan Byzantine. Denarius ini kemudiannya digunakan oleh kerajaan Islam dalam urusan perdagangan dan pentadbiran sebelum menempa mata wangnya sendiri yang dipanggilDinaruntuksyiling emasdanDirhamuntuksyiling perak.

Mata

Sistem Pentadbiran Yang Sistematik Bab 5

Terdapat tiga jenis syiling emas ditemui di Kelantan, jenis pertama terdapat perkataanArabatauJawipada kedua-dua permukaan, contohnya koin mengandungi perkataan‘Khalifat al mu’minin’di bahagian hadapan dan ‘Malik al-adil’di belakang. Jenis kedua, dikenali sebagai‘Dinar Kijang’kerana gambar di hadapannya berbentukseekor kijangmanakala di bahagian belakangnya bertulis perkataan‘Malik al-adil’ atau ‘al-adil’sahaja Jenis yang terakhir ialah‘Dinar Matahari’kerana gambar dibahagian hadapannya berbentuk matahari atau bunga manakala bahagian belakangnya tertulis‘Malik al adil’. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai asal usul duit Dinar emas kijang antaranya seorang pedagangArab telah menghadiahkan pemerintah perempuan di Kelantan iaitu Che Siti Wan Kembang seekor kijang dan oleh kerana sayangkan Kijangnya maka Baginda menitahkan agar gambarnya diukir pada duit Dinar emas. Versi lain pula mengaitkannya denganpengaruh Saivitedalam agama Hindu kerana duit kijangmenyerupai lembu jantanyang dianggap sebagai binatang yang suci oleh masyarakat India dan motif lembu jantan ini telah tertera pada duit-duit Hindu lama yang diedar di negeri-negeri utara Tanah Melayu.

Kebiasaannya, duit syiling emas negeri Kelantan dan Patani dibuat menggunakan carapaluan tangan. Ketulan emas yang telah dileperkan menjadi kepingan kemudiannya dipotong kecil-kecil menjadi bentuk yang dikehendaki. Selepas itu, pada kepingan kecil itu dipalu acuan ‘die’ dengan menggunakan tangan. Nilai bagi Dinar Matahari dan Dinar Kijang lazimnya dibandingkan dengan Dolar Sepanyol atau dolar perak mengikat kadar tukaran yang berbeza.

Misteri

Selain syiling emas, terdapat jugapitis timahdi negeri Kelantan ditempa dengankaedah tuangan(casting) dalam bentukPohon Pitis. Duit-duit syiling timah yang ditempa itu mulanya mempunyai cabang-cabangnya, kemudian dipotong daripada cabang-cabangnya sebelum diedarkan dan lebihan dari pohonnya dilebur semula untuk menempa pohon pitis yang baru. Kesemua syiling Kelantan telah diberhentikan penempaannya dalam tahun 1909 apabila duit Negeri-negeri Selat diperkenalkan.

Throwback Sejarah: Kenali Mata Wang Kesultanan Melayu Melaka

Di Kedah, sebagai tempat yang selalu didatangi oleh pedagang-pedagang luar sejak lama maka rakyat Kedah telah pun lama juga mengenali penggunaan matawang untuk berjual beli, menggantikan sistem tukar barang. Menurut Ibrahim Bakar Langkawi (1952), Sultan Kedah yang ke 10, iaitu Sultan Mahmud Shah 11 (1506-1546) yang bersemayam di Kota siputih, telah menitahkan pembuatan matawang untuk Kegunaan dalam negeri Kedah. Matawang yang diterbitkan dinamakanTeraatauTerayangyang merupakan matawang jenis pecahan terkecil. Matawang Tera ini digunakan sebagai pecahan bagi matawang jenis lain yang juga diedarkan, sepertiPitis, Kupang, Jempal dan Rial.Pada tahun 1982, telah ditemui sekumpulan matawang dalam tiga buah botol tembikar, di Mukim Padang Matsirat, Pulau Langkawi. Matawang yang dijumpai terdiri daripada jenis yang sama tapi berbeza varieti. Pada muka hadapannya bertulisAl-Sultan Al-Kedahyang diakui oleh ahli-ahli sejarah. Hanya terdapat seorang sultan yang bernama Sultan Muhammad Shah, iaitu yang memerintah antara tahun 1201-1236.

-

Kebanyakan mata wang yang pernah ditemui setakat ini adalah jenis kupang. Sistem matawang Mas yang digunakan dalam negeri Kedah diberikan sedikit penambahan, iaitu penambahan unit Tera. Hal ini menjadikan Skala matawang di Kedah sebagai berikut:

Selain daripada matawang emas, di kedah juga digunakan matawangPerak. Matawang Sultan Muhammad telah dibuat daripadalogam perak. Hal ini bererti perak telah digunakan di Kedah untuk membuat matawang sejak awal bukan baru diperkenalkan untuk membuat matawwang sejak awal, bukan baru diperkenalkan dengan matawang Perak Sepanyol yang diperkenalkan kemudian di Kedah.

Duit

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Di Kedah, sebagai tempat yang selalu didatangi oleh pedagang-pedagang luar sejak lama maka rakyat Kedah telah pun lama juga mengenali penggunaan matawang untuk berjual beli, menggantikan sistem tukar barang. Menurut Ibrahim Bakar Langkawi (1952), Sultan Kedah yang ke 10, iaitu Sultan Mahmud Shah 11 (1506-1546) yang bersemayam di Kota siputih, telah menitahkan pembuatan matawang untuk Kegunaan dalam negeri Kedah. Matawang yang diterbitkan dinamakanTeraatauTerayangyang merupakan matawang jenis pecahan terkecil. Matawang Tera ini digunakan sebagai pecahan bagi matawang jenis lain yang juga diedarkan, sepertiPitis, Kupang, Jempal dan Rial.Pada tahun 1982, telah ditemui sekumpulan matawang dalam tiga buah botol tembikar, di Mukim Padang Matsirat, Pulau Langkawi. Matawang yang dijumpai terdiri daripada jenis yang sama tapi berbeza varieti. Pada muka hadapannya bertulisAl-Sultan Al-Kedahyang diakui oleh ahli-ahli sejarah. Hanya terdapat seorang sultan yang bernama Sultan Muhammad Shah, iaitu yang memerintah antara tahun 1201-1236.

-

Kebanyakan mata wang yang pernah ditemui setakat ini adalah jenis kupang. Sistem matawang Mas yang digunakan dalam negeri Kedah diberikan sedikit penambahan, iaitu penambahan unit Tera. Hal ini menjadikan Skala matawang di Kedah sebagai berikut:

Selain daripada matawang emas, di kedah juga digunakan matawangPerak. Matawang Sultan Muhammad telah dibuat daripadalogam perak. Hal ini bererti perak telah digunakan di Kedah untuk membuat matawang sejak awal bukan baru diperkenalkan untuk membuat matawwang sejak awal, bukan baru diperkenalkan dengan matawang Perak Sepanyol yang diperkenalkan kemudian di Kedah.

Duit

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan