Kesilapan Semasa Menetapkan Cermin Pandang Sisi Keselamatan dalam Pemanduan

Memandu kereta dalam keadaan jalan sesak mungkin menyebabkan anda kurang awas dengan keadaan sekeliling. Dengan pecutan kenderaan di kiri, kanan dan belakang yang berbeza² kerap membuatkan anda dihon oleh mereka ketika anda ingin menukar lorong. Ini tidak lain dek kerana cermin sisi kereta [side mirror] yang tidak disetkan dengan betul. Aku sebagai pemandu yang menggunakan kenderaan Myvi kerap mengalami masalah ini bila menukar lorong. Bagimana mengatasinya? Mari aku tunjukkan.

Pertama sekali, sebelum membetulkan sebarang cermin, sebaiknya kereta dihentikan atau diletakkan pada keadaan selamat. Pastikan ada satu atau dua objek yang boleh dijadikan panduan untuk menetapkan cermin sisi dan cermin pandang belakang. Ini penting untuk menetapkan sudut pandangan dan kedudukan yang sesuai mengikut ketinggian mata anda apabila melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang.

NampakCermin Sisi Nampak Lebih Dekat - Kesilapan Semasa Menetapkan Cermin Pandang Sisi Keselamatan Dalam Pemanduan title=Nampak Macam Dekat, Tapi Rupanya Jauh Lagi, Ini Antara Sebab Cermin Sisi Nampak Lebih Dekat style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTWz21F36bqhNTapY3CNEcx20dKuuHTlaQy3L-cKNVoclAeCh3N5zSIBdXygL-_WS1kS7I&usqp=CAU'; />

Keduanya, aku mulakan dengan cermin pandang belakang. Pastikan anda jelas melihat persekitaran di belakang tanpa telindung oleh sebarang sticker pada cermin belakang dan apa² barang di atas deskboard belakang. Kalau ada sebaiknya buangkan saja. Keselamatan anda lebih berharga daripad harga sticker yang tak berapa sen tu. Bagi sesetengah kenderaan, ada juga yang menggunakan cermin belakang yang agak panjang dan melengkung bagi meluaskan pandangan di sebelah kiri dan kanan [di bahagian belakang]. Cermin ini juga baik untuk dipasang, namun bergantung kepada keadaan dalaman pada kenderaan - pastikan tiada langsir dipasang.

Cermin Sisi, Belakang Kenderaan Dibenar Gelap Sepenuhnya: Loke

Ketiganya, cermin sisi kiri dan kanan [side mirror]. Untuk meluaskan pandangan pada cermin sisi, tetapkan pandangan dengan mengurangkan pandangan pada kenderaan sendiri. Pastikan pandangan persekitaran lebih banyak daripada pandangan pada bahagian kenderaan sendiri. Ada juga yang menggunakan cermin 'mata ikan' [fisheyes]untuk menampakkan sudut yang tidak kelihatan pada cermin rata ini. Fisheyes ini amat membantu untuk menampakkan sudut pandangan dalam 10ยบ. Walaupun sedikit, itu cukup untuk mengelak sebarang kemalangan semasa memandu.

Tetapi, jangan gunakan yang terlalu cembung kerana objek yang dilihat akan terlalu kecil untuk dilihat. Kedudukan cermin tambahan ini juga penting. Pada kedua² cermin sisi, letakkan cermin tambahan ini pada sudut bahagian dalam. Lihat perbezaan kedudukan pada rajah di bawah. Jika letah di sudut luar, pandangan pada cermin sisi akan menjadi terhad. Berbeza kalau letak di bahagian dalam.Cermin pandang belakang. Ya, kalau anda beli kereta dan bukannya kereta sorong atau kereta api, aku yakin kereta korang mempunyai cermin pandang belakang dan cermin sisi sebagai peralatan keselamatan pemanduan. Tetapi berapa ramai yang salah menggunakannya dan ada yang tak tau lansung kegunaannya? jangan terasa yer...kita sama sama belajar...heheh.

Setiap tahun, kemalangan jalan raya adalah penyumbang tertinggi kematian selain daripada kes penyakit berjangkit(yang tertinggi ialah kes kematian akibat Denggi). Salah satu punca yang menjadi penyebab kemalangan maut ialah kemalangan akibat 'blind spot'. Blind Spot adalah satu titik buta pada pandangan mata kita yang sedang memandu. Biasanya cermin pandang akan menjadi alat bantuan, namun kecetekan ilmu kita membuatkan titik buta ini tetap wujud di dalam pemanduan kita.

Fools

Polis: Tengok Cermin Sisi, Cermin Pandang Belakang Dulu Sebelum Tukar Lorong

Ada satu situasi(yang dulu aku juga biasa alami). Sewaktu sedang memandu di lebuh raya 3 lorong, korang berada di lorong tengah, dan korang hendak memotong kenderaan di hadapan. Korang menoleh ke cermin pandang belakang dan sisi, setelah itu korang menukar lorong setelah yakin tiada kenderaan lain sewaktu melihat cermin. Tiba tiba...PPPooooonnnnnnn!!! korang di 'hon' dari sisi kerana ada sebuah kereta di sebelah yang muncul entah dari mana sedangkan korang yakin tadi memang tak ada kereta. YA, inilah yang dikatakan blind spot(titik buta) dalam pemanduan kerana cermin pandang korang tidak membantu lansung(bukan salah cermin, tapi salah korang).

Hari ini aku akan berkongsi dengan korang satu cara menghilangkan titik buta tersebut. Hampir 99% peratus kereta yang aku naiki dan pandu(bukan kereta sendiri) mempunyai talaan cermin yang salah! Cara ini diperakui oleh kawan kawan rapat dan saudara mara yang mana telah aku terangkan cara talaan cermin yang betul. Mereka selepas itu tidak lagi pernah mengalami keadaan bahaya sewaktu menukar lorong.

ApaNakBuat:

Titik buta ini terjadi kerana cermin sisi korang ditala untuk melihat sisi kereta korang dan bukakannya untuk melihat kenderaan dibelakang(betul tak?) Cermin sisi yang ditala dengan betul tidak akan menampakkan sisi kereta, tetapi melihat ruang jalan raya. Melihat sisi kereta hanya perlu sewaktu parking ajer...iaitu kurang dari 1% masa memandu korang(tak tau la kot ada yang ambik masa selama 15 minit untuk masuk parking). So, mana lagi penting? sewaktu pemanduan atau sewaktu parking?..ingat semula fakta kes kemalangan yer.

Betulkan Cermin Sisi Kurangkan Blindspot

Cermin pandang tengah korang setup betul betul kat tengah la yer...pastuh cermin sisi kanan dan kiri plak korang setup 90’(90 darjah) keluar sehingga sisi kereta tidak kelihatan. Korang perlu menjenguk ketepi untuk melihat kepada cermin sisi sewaktu parking. Selain dari waktu parking, memang korang tak akan dapat melihat sisi kereta.

Peraturan

Camner nak tau titik buta dah tak ada? Korang boleh test...korang suruh la saper saper kawan yang free nak tolong, mintak dia memandu di belakang kereta korang(kereta korang berenti pun boleh, test kat jalan taman yang lengang jer, jangan kat jalan raya yang sibuk plak...). Mintak dia memandu di belakang dan seterusnya memotong kereta korang(samada ke kiri atau ke kanan).

Sewaktu dia berada di belakang korang, akan kelihatan di dalam cermin pandang belakang(cermin tengah). Sewaktu dia mula keluar untuk memotong, dia akan kelihatan di dalam cermin sisi. Korang akan dapat melihat dia di dalam cermin sisi sehingga dia betul betul berada di sebelah, dan apabila dia berada di sebelah sisi, korang telahpun dapat melihat dengan mata kepala korang sendiri(live) bahagian hadapan bumper atau bonet kereta dia melepasi pandangan sisi korang ke hadapan.

-

Spek Teknis Jembatan Hijau 1

Dalam erti kata lainnya, kenderaan yang datang dari belakang dan seterusnya berada disebelah sisi dan terus kehadapan, sentiasa dapat anda lihat dan tidak hilang dari pandangan. Teknik nih rasanya tak diperlukan kepada kereta yang mempunyai cermin sisi khas untuk titik buta atau kereta mewah yang mempunyai sistem 'blind spot assist'. Kepada mereka yang memandu kereta 'biasa-biasa' yang tak ada benda alah canggih tuh, Cubalah!