Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian. Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di Malaysia.
Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah.
Impaknya title=DOC) PENGERTIAN MURTAD DAN ISU ISU DI MALAYSIA style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT6n36lHIDR-E9dGRH55Lj0fdtjWd-vQ5ZYjlpgCDn1iRmlVs000xrgT_ouPgRol6MdnIE&usqp=CAU'; />
Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).
Waspada Punca Yang Menyebabkan Akidah Terbatal
Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.
Seksyen 23 (2) pula menyatakan; Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.
Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :
Ajaran Sesat, Murtad, Syirik Dan Khurafat
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106) :
Secara umumnya, murtad boleh berlaku melalui amalan hati (iktikad), perkataan dan perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada Islam dengan salah satu daripada tiga perkara, iaitu;
Edunation 161023085053 Pdf
Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat, puasa, haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan ulama dan orang awam. (Mustafa al-Khin. 1996 : 466)
Manakala mengingkari hukum yang tidak diijmakkan padanya, atau hukum yang diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan manusia, maka keengkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan seseorang itu menjadi kufur, seperti mengengkari pensyariatan solat duha, mengingkari haramnya berkahwin dengan perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh eddahnya dan lain-lain lagi (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).
Kedua : Melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan paksaan (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).

Pdf) Ifeh 1109 Hukum Islam & Masyarakat
Ketiga : Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).
Keempat : Murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh : Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat :
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ) ; menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir. Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 313-314)
Isu Murtad Dalam Islam
Pertama : Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Sehubungan itu, harta tersebut diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi keperluannya yang daruri. Sekiranya dia kembali kepada Islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya tidak bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.
Kedua : Terputus hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW : Tidak mewarisi orang muslim akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.
Ketiga : Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung. Sekiranya orang murtad itu kembali kepada Islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula dengan isterinya tanpa akad yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia berterusan murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula tarikh murtadnya. Sekiranya selepas itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.
Isu Isu Semasa
Hukuman ke atas orang murtad adalah merangkumi lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan antara keduanya (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Walaubagaimanapun, menurut pandangan mazhab Hanafi wanita yang murtad tidak boleh dibunuh tetapi hendaklah dipenjarakan dan diminta bertaubat pada setiap hari. Sekiranya wanita tersebut bertaubat, maka dia dibebaskan daripada penjara. Tetapi sekiranya dia tetap ingkar maka dia akan dipenjarakan semula dan begitulah yang akan dilakukan sehinggalah dia mati (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 315). Apabila seseorang lelaki atau wanita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, maka hukum-hukum berikut adalah terlaksana ke atas mereka;
Pertama : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera, kerana berkemungkinan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan kufur kerana syubhah, ataupun kerana kemarahan yang amat sangat, maka kewajipan pemerintah ketika itu ialah menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada kebenaran (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, hendaklah bertaubat dengan segera dan sekiranya tidak bertubat terus dibunuh (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 322). Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanafi meminta untuk bertaubat hanyalah sekadar sunat dan diberi tempoh untuk bertaubat selama tiga hari (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 320)
Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).
Isu Isu Semasa Syariah Islam
Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab : membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa orang yang murtad wajib dihukum bunuh dengan segera. Tetapi hukuman murtad tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan syarat-syarat berikut ;
Pertama : Baligh dan berakal, maka kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap murtad kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan (tiada taklif). Walaubagaimanapun, hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajaran kepadanya dan memintanya bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469)
Nota Gemilang Sejarah Spm 2017 Grup Sejarah Spm
Kedua : Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan segera sekiranya tidak mahu bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469).
Ketiga : Sabit perbuatan murtad tersebut samada dengan ikrarnya atau dengan kesaksian (Mustafa al-Khin. 1996 : 469). Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa kesaksian mestilah dialkukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil (Abdul Karim Zaidan 1994 : 324)
Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan, dapatlah difahami bahawa para ulama Islam telah bersepakat bahawa murtad merupakan antara kesalahan yang besar di dalam Islam. Ini bermakna, orang-orang yang murtad boleh dikenakan hukuman menurut undang-undang Islam.
Komentar