Tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam ihram. Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saie.
Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saie di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.
Amalan Yang Diberkati title=TAHALUL UMRAH: Hukum, Syarat & Doa Semasa Tahalul style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRipRCK65CO2RSNntr-Nytt3IgRaRPHygQWdErpu3UqhkaA17ZvzeHzEJmfkpH8tpq3zP0&usqp=CAU'; />
Allahu Akbaru Allahu, Akbaru Allah, Akbaru. Allahumma Hadzihi Nasiyati Biyadika Faj’al Li Bikulli Sha’aratin Nuran Yawmal Qiyaamati Wa’ghfir Li Zhanbi Ya Wasi’al Maghfirah Aamiin. Alhamdu Lillahi Alladhi Qada Anni Nusuki Atini Bikulli Sha’aratin Hasanatan Wa’mhu Anni Biha Sayyi’atan Warfa’ Li Biha Darajatan Wa’ghfir Li Walil Muhal-Liqiina Wal Muqassiriina Walajami’il Muslimiin. Allahumma Zidni Iimaanan Wa Yaqiinan Wa Tawfiqan Wa ‘Awna Wa’ghfir Lana Wa Li Ababina Wa Li Ummahatina Wa Li Azwajina Wa Li Awladina, Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam Aamiin.
Cukur Atau Gunting Rambut Ketika Tahallul Bagi Jemaah Lelaki
Ya Allah Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung. Ya Allah Ya Tuhan, inilah ubun-ubunku di dalam genggaman-Mu maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut it cahaya bagiku di Hari Kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Than Yang Amat Luas Pengampunan, Aamin..
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku, hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatkanlah aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam.
Keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami; selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, Aamin..
Ct280. Umrah Wajib (6): Tahallul Umrah
Dalam konteks ibadah umrah, tahalul juga merujuk kepada tindakan memotong atau mencukur rambut kepala sebagai tanda seorang jemaah boleh melepaskan status ihramnya.
Tawaf itu tidak sah dan dia wajib mencukupkan Tawafnya. Kemudian melakukan Saie dan bercukur atau bergunting rambut. Dan wajib ke atasnya membayar Dam Takhyir dan Taqdim kerana dia telah sempurna tawaf dan Saie menggunting rambut.
Seorang Jemaah Membuat Umrah Sebanyak 4 Kali, tetapi pada Umrah yang Pertama, Kedua dan Ketiga Dia Tidak Tahalul dan Dia Tahalul Hanya Selepas Menunaikan Umrah Yang Keempat. Berapakah Umrah Yang Sah dan Adakah Dikenakan Dam?
Cara Pelaksanaan Ibadah Umrah
Umrah yang dikira sah hanya satu umrah sahaja iaitu umrah yang pertama dengan Tahalul umrah yang terakhir. Tiga umrah yang lain tidak dikira kerana dia tidak menyempurnakan Tahalul dan Dam yang dikenakan adalah mengikut kesalahan jika melanggar larangan ihram selepas niat umrah yang pertama hingga sebelum tahalul umrah yang terakhir. Dan jika tidak melanggar apa-apa larangan ihram maka tidaklah dikenakan apa-apa dam.
Umrah mereka tidak batal. Namun, mereka tetap melakukan larangan ihram. Maka DAM akan dikenakan. Sekiranya mereka teringat yang mereka lupa bergunting/bercukur dalam keadaan berpakaian biasa; pada saat itu juga mereka harus menanggalkan pakaian dan berihram semula. Seterusnya, terus lakukan tahallul. Mereka akan tetap 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐦 seekor kambing, walaupun seseorang itu terlupa
Jika tuan dan puan mempunyai sebarang keraguan, anda boleh lontarkan persoalan pada ruangan komen di bawah. InsyaAllah saya akan menjawab pertanyaan tersebut.Kepada pembaca yang baru mengikuti posting ini, pelaksanaan ibadah Saie telah saya gambarkan melalui sisipan foto-foto yang memudahkan anda untuk mengetahuinya di dalam catatan CT276. UMRAH WAJIB (5): SAIE – JEJAK SANG BONDA mengikut RUKUN dan SUNATnya.
Blog Buku Galeri Ilmu
Ibadah Saie elok dilakukan segera selepas TAWAF HAJI atau TAWAF UMRAH. Pelaksanaan secara muwallat (berturut-turut) sangat digalakkan. Jangan suka menangguh kerana kemungkinan akan lupa dan akhirnya tidak dilaksana sedangkan kita masih dalam ihram. Selagi belum bertahallul selama itu kita MASIH DALAM KEADAAN IHRAM.
Alhamdulillah, setelah tamat 7 pusingan yang berakhir di Bukit Marwah, kami dipimpin ke bahagian tepi bangunan yang jauh dari laluan Saie untuk BERCUKUR ATAU BERGUNTING.
Untuk mengetahui CARA PEMAKAIAN IHRAM, anda boleh merujuk kepada posting CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI.
Doa Tahalul Atau Menggunting Rambut Ketika Haji Atau Umrah
Berdasarkan pengalaman bersama beberapa jemaah hajjah, ada yang tidak faham tentang konsep tahallul. Malah mereka keliru dengan apa yang disebut Tahallul Umrah dan Tahallul Haji. Bukan itu sahaja, perbezaan antara Rukun dan Wajib Umrah dengan Rukun dan Wajib Haji juga memeningkan kepala.
Memerhati ramai yang masih belum menguasai kefahaman ilmu umrah dan haji walaupun sudah berada di Tanah Suci, memberi sedikit ruang untuk saya membantu menjelaskan apa yang mampu dalam pengetahuan saya. Kerana itu, saya sarankan agar jemaah Umrah atau haji membawa bersama mereka buku-buku berkaitan supaya mudah untuk dirujuk dan dibincangkan.
Dalam posting ini, saya berusaha untuk memberi sedikit panduan yang didasarkan kepada pengalaman dan rujukan beberapa sumber yang sahih untuk menjelaskan konsep tahallul. Mungkin tidak menyeluruh, sekurang-kurangnya dapat menggambarkan kondisi pelaksanaan tahallul tersebut.
Doa Ketika Tahallul
Jumhur ulamak berpendapat bahawa bercukur dan bergunting rambut satu nusuk yang wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 29 yang bermaksud”
AnaS bin Malik r.a menceritakan perilaku Rasulullah SAW ketika di Mina selepas melontar Jamrah Aqabah kemudian menyembelih korban. Selesai itu, Baginda SAW memanggil seorang tukang cukur untuk mencukur rambut beliau. Cukuran dimulai dari kanan kepala kemudia di sebelah kiri. Rambut itu diberikan kepada orang ramai. Baginda SAW pun berdoa:
“Ya Allah, ampunilah orang yang bercukur”. Sahabat menyampunk: “Yang bergunting ?” Baginda berdoa: “Ya Allah, ampunilah orang yang bercukur.”. Tanya mereka: Yang bergunting ?” Baginda menjawab: Yang bercukur.” Sahabat bertanya: “Yang bergunting ?” Baginda berkata: “Juga yang bergunting.” – HR Bukhari dan Muslim
Ihram: Niat, Miqat Serta Pantang Larang Haji & Umrah
Setelah yakin dan tamat 7 pusingan, saya dan SPH menuju ke satu sudut yang sudah dipenuhi oleh jemaah kumpulan KT 33, Sarawak yang lain untuk melakukan tahallul. Apabila berhenti untuk bertahallul, barulah terasa segala LETIH, PENAT dan LELAH bersepadu dalam satu rasa apabila melakukan tawaf 7 pusingan dan diteruskan Saie 7 pusingan.
Jika anda merasa penat untuk melakukan Tawaf atau Saie secara berterusan, anda boleh menangguhnya pada hari yang lain. Tetapi saya dan SPH lebih senang melakukannya secara berterusan kerana tidak mahu berlama-lama dalam keadaan berihram.
Secara umumnya, pusingan tawaf dianggarkan 1 km = 1 pusingan. Dengan itu bermaksud 7 pusingan = 7 km. Manakala 7 pusingan Saie dianggarkan berjarak hampir 5 km. Secara keseluruhannya dengan melakukan Tawaf dan Saie secara muwalat (berturut-turut) adalah sejauh 12 km.
Rukun Umrah Dan Wajib Umrah
Itu baru Tawaf dan Saie (dalam umrah). Jika ditambah lagi dengan perjalanan pergi balik antara khemah penginapan hingga ke tempat jamrah di Mina dan hotel dengan Masjdil Haram setiap hari, tidak terbayang letih, penat dan lelahnya pelaksanaan haji ini.
Atas sebab inilah, jemaah haji dikehendaki menjaga kepentingan kecergasan fizikal agar semua kerja haji dan umrah dapat dilaksanakan dengan cerdas dan cergas. Oleh itu, jangan sekali-kali mengabaikan kesihatan anda sejak dari Tanah Air. Senaman dan kesihatan diri harus dipraktik awal sebelum menjejak kaki ke Bumi Haramain.
Mula-mula SPH menggunting rambutnya sendiri. SPH memaklumkan untuk Tahallul Umrah, beliau hanya bergunting rambut. Sedangkan bercukur akan dilaksanakan semasa Tahallul Haji. Saya hanya mengiakan kemahuan SPH, jika pilihan itu membahagiakan hati dalam urusan haji beliau. Saya berdoa semua harapan SPH terlasana.
Cara Menunaikan Umrah
Setelah menggunting rambut sendiri, SPH membantu saya menggunting rambut saya pula. Saya mencari ruang yang jauh sedikit dari pandangan jemaah lelaki kerana bimbang terbuka aurat tanpa tidak disengaja. Ternyata bukan mudah untuk menggunting rambut yang hanya beberapa helai di khalayak umum.
Para suami juga mesti berusaha membantu menjaga aurat isterinya daripada pandangan mata lelaki ajnabi. Saya dapati ramai juga suami yang menggunting rambut isterinya dengan selamba di hadapan orang ramai tanpa menghirau aurat rambut isterinya dilihat orang lain.
Saya harus mengangkat tinggi bahagian belakang telekung untuk memudahkan SPH menggunting rambut saya sekadar ruas jari. Sebelum ke Tanah Suci, rambut saya panjang melepasi bahu. tetapi dengan rela hati dan berat hati saya mengambil keputusan untuk memotong pendek.
Pdf) Panduan Ibadah Umrah Ver 3.
Tujuannya untuk memudahkan saya melakukan ibadah haji agar tidak “berlama-lama” mengeringkan rambut yang basah sehingga melalaikan urusan ibadah. Saya sentiasa membersihkan rambut setiap kali mandi bagi menghilangkan peluh di kepala yang boleh mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Saya sangat menjaga kebersihan rambut dan keharumannya.
Saya nasihatkan, jika anda (jemaah hajjah) tidak dapat mengurus rambut panjang dengan baik di Tanah Suci atas kesibukan beribadah, eloklah menggunting pendek rambut anda. Jangan bimbang, rambut akan tumbuh panjang lagi, malah semakin lebat apabila anda menjaganya dengan baik apabila pulang ke Tanah Air.
Pemandangan sebahagian puncak dari Bukit Mawrah yang juga sudah dikepung oleh cermin kaca dan penghadang krom di tingkat bawah bangunan saie. Adapun bahagian puncak yang rata berada di tingkat atas. Foto diambil selepas bertahallul.
Doa Umroh: Kumpulan Bacaan Umroh Lengkap
Selepas bertahallul SPH menuju ke arah paip air Zam-Zam yang dibina di bahagian tepi dinding bangunan Saie untuk kami berdua bagi menghilangkan dahaga akibat kelelahan perjalanan Saie. Kesejukan air Zam-Zam dapat menyegarkan kembali seluruh tubuh yang mengalami kepenatan.
Alhamdulillah, selepas melakukan tahallul (bergunting) kini saya dan SPH sudah bebas dari Larangan Dalam Ihram. Maksudnya apa yang dilarang dalam ihram, kini sudah kembali halal untuk dilakukan dalam kehidupan biasa.
Subhanallah, betapa leganya hidup apabila sudah lepas dari larangan ihram. Pengajaran yang dapat saya ambil sepanjang dalam keadaan ihram adalah disiplin diri yang tinggi untuk mematuhi segala larang yang Allah SWT tetapkan.
Pengertian Tahallul Dalam Ibadah Haji, Makna, Dan Tata Cara
Ternyata BERADA DALAM KEADAAN IHRAM tidak semudah yang saya sangka apabila dipraktikkan berbanding teori bacaan. Walaupun saya berada tidak lama dalam keadaan ihram (lebih kurang 48 jam) untuk UMRAH WAJIB (umrah kali pertama) (melalui pelaksanaan Haji Tamattuk), ia memerlukan ketabahan hati, keteguhan minda dan kesabaran jiwa yang tinggi.
Di sinilah Allah menguji kita untuk mentaati apa yang dilarang-NYA sepanjang Ihram. Jika kita benar-benar memahami praktik ihram, kita akan menjadi seorang hamba yang tinggi disiplin dirinya selain pembentukan solat dan al-Quran yang menjadi tunjang kepada kekuatan iman.
Namun
Komentar