Cara Mudah Cari Duit Tambahan Semasa Belajar Petua dan Pendapatan Sampingan

Ada yang nak jadi kaya tak kat sini? Ni mimpi semua orang kan? Nak jadi kaya-raya, hidup senang lenang. Mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di universiti mesti faham macamana peritnya apabila dah nak dekat hujung bulan lepas tu tengok duit belanja macam cukup tak cukup je sampai hujung bulan nanti. Mesti ramai yang nak tahu cara untuk berjimat di universiti kan? Kalau korang tak nak tahu cara-cara dan tips untuk menyimpan duit di universiti dan berjimat mesti korang tak akan baca artikel ni kan? Kalau ada yang nak mencari dan mendapatkan duit lebih, anda boleh baca “How to gain money” ni.

Untuk sesiapa yang belajar di KL, gunakan pengangkutan awam yang ada dengan sebaik mungkin. Jangan asyik nak naik Grab/Uber je sebab mudah, guna apabila perlu sahaja ataupun semasa promosi (sekarang ada promosi!). Yang selalu menggunakan perkhidmatan bas dan LRT, anda boleh memohon kad RapidKL yang akan memberi potongan harga kepada anda sebagai seorang pelajar. Anda juga boleh menggunakan laman web RapidKL yang mempunya fungsi “Plan Your Journey” untuk mengetahui nombor bas dan LRT ataupun jika anda perlu berjalan kaki.

CaraPendapatan Sampingan title=Cara Cara Dan Tips Mudah Dan Berkesan Untuk Pelajar Menyimpan Duit Dan Berjimat Di Universiti style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSNfJQg5utGQpywBw6bpV7pYrCvm7YtwnEQtZYbVmsPH1pp0huEW5QzSTFKwK2JoMWc2So&usqp=CAU'; />

Untuk yang mempunyai kenderaan ataupun motorsikal, manfaatkan kenderaan dan motorsikal anda sebaik mungkin. Buat perbandingan antara pengangkutan awam ataupun kenderaan sendiri yang lebih mudah dan murah? Anda juga perlu mengambil kira faktor masa dan keselesaan semasa membuat pilihan. Buatlah pilihan yang bijak kerana harga minyak sekarang pun dah tak tentu, ada masa ianya lebih murah dan mudah untuk anda menggunakan kenderaan sendiri tetapi ada masanya harga minyak akan menjadi mahal dan menyusahkan anda.

Tips Pengurusan Kewangan Peribadi Untuk Orang Muda

Buku teks yang diperlukan bagi setiap semester memang agak mahal, apa lagi jika anda perlu membeli buku teks yang diimport. Harga dia mesti tersangat mahal. Saya faham perasaan itu. Untuk mengurangkan perbelanjaan buku setiap semester, cari senior yang ingin menjual buku mereka. Selalunya, ianya lebih murah jika anda membeli daripada senior berbanding dengan membeli buku baru. Jangan risau, beli buku dari senior ni tidak akan menyebabkan anda tidak dapat belajar disebabkan oleh buku buruk atau lain-lain lagi sebab. Bayangkan benda ni macam kat sekolah dahulu bila kita meminjam buku teks lepas tu kita perlu menggembalikan buku teks tersebut. Selain itu, anda juga boleh untuk fotostat buku yang diperlukan tapi pastikan pensyarah anda tidak kisah jika anda menggunakan buku teks fotostat. Anda juga boleh memeriksa silibus pembelajaran dahulu kemudian fotostat bahagian yang diperlukan sahaja. Dengan kaedah ini, anda boleh menggurangkan perbelanjaan buku anda. Anda juga boleh menjual semula buku anda kepada junior anda. Jika anda memang tak nak menggeluarkan satu sen pun, anda boleh meminjam buku teks dari perpustakaan!

Tips penting! Jangan jadi class rep! Sakit dia nak jadi class rep tu adalah bila pensyarah minta class rep untuk fotostat nota atau slides yang akan digunakan dan terpaksalah class rep ke kedai fotostat yang mungkin agak jauh kemudian mengeluarkan duit fotostat dari poket sendiri dahulu, tu pun tak tau lagi jika semua orang akan membayar class rep balik.

Kalau nak cakap pasal duit makan ni, memang banyak tips yang boleh dikongsikan sebab duit makan ni akan mengambil lebih kurang 50% jumlah perbelanjaan bulanan anda. Mesti selalu dengar orang akan ingatkan anda untuk tidak menggunakan lebih daripada RM10 sehari jika nak berjimatkan? Tapi macamana? Ha, ni dia tips untuk menggunakan RM10 atau kurang.

Cara Kreatif Simpan Duit

Beli makanan dalam kampus! Janganlah nak cakap makanan dalam kampus tak sedap, bosanlah makanan yang sama je. Jika anda nak berjimat, makanan di kampus anda selalunya lebih murah berbanding makanan di luar. Untuk berjimat dengan berkesan, selalu bungkus makanan anda berbanding makan di sana. Kenapa? Sebab anda boleh membungkus makanan untuk makan tengahari dan makan malam dengan harga yang satu. Penuh polistirena anda dengan nasi, penuhkan je sebab mereka tidak akan mengenakan caj tambahan. Lepas tu bungkus lauk anda dengan plastik berasingan. Dengan melakukan ini, anda boleh membahagikan nasi dan lauk anda untuk makan tengahari dan makan malam. Anda juga boleh berkongsi makanan dengan rakan-rakan anda seperti roommate anda ataupun housemate anda.

Nak tips untuk mendapatkan harga yang murah? Dapatkan lauk sayuran! Anda boleh mendapatkan lebih banyak sayur dengan harga yang sama dengan seketul ayam. Anda juga perlu rajin berbual dengan mak cik pak cik di kafe/kantin. Mereka akan lebih baik dengan anda jika anda baik dengan mereka.

Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan membeli nasi bujang, nasi lemak atau nasi ayam yang murah dalam kampus jika anda perlu makan di kampus. Jangan lupa untuk memesan air/ais kosong. Jika anda ingin minum teh ais atau milo, rajinkan diri untuk membuat sendiri kerana ianya lebih murah. Anda juga boleh memesan roti canai apabila anda memerlukan makanan yang murah dan mengenyangkan.

Tips Pengurusan Kewangan Peribadi

Sesiapa yang bertuah dan mempunyai periuk nasi di hostel atau bilik, gunakan periuk nasi itu dengan baik. Anda boleh berjimat dengan lebih jika anda memasak nasi sendiri berbanding membeli nasi. Anda juga boleh menggunakan periuk nasi dengan kreatif seperti memasak pasta sosej, mengoreng telur atau memasak maggi menggunakan periuk nasi.

Cari

Siapa yang bertuah ni kena manfaatkan kemudahan yang ada. Rajin-rajinlah memasak dan beli bahan masakan dengan bijak. Banyakkan membeli sayur-sayuran lepas tu jika nak beli ayam, cuba untuk membeli pukul 8-10 kerana selalunya harga akan menjadi lebih murah.

Jangan lupa juga untuk membuat stok makanan seperti stok biskut, stok burger daging, stok ikan bilis dan stok sambal. Mesti bestkan makan burger daging, ikan bilis dan sambal dengan nasi yang panas.

Tip Mendapat Keputusan Peperiksaan Dengan Cemerlang

Jika anda ingin mendapatkan duit lebih, anda boleh mendapatkan kerja sambilan dalam kampus seperti di kedai printing ataupun gerai makanan. Jika anda berani untuk mengambil risiko, anda boleh cuba untuk membuka bisnes online seperti menjual pakaian, kasut dan makeup. Yang lagi best adalah kerja dropship, personal shopper dan data entry. Anda juga perlu memanfaatkan telefon pintar anda dengan bijak, gunakan platform seperti Twitter dan Facebook untuk mencari kerja sambilan semasa hujung minggu ataupun mencari survery yang berbayar. Dengan kerja sambilan seperti ini, anda boleh mendapat RM80-100 sehari.

Kalau anda memang perlu membeli pakaian, anda boleh mencari pakaian terpakai melalui kedai bundle ataupun gunakan aplikasi seperti Carousell untuk mencari pakaian dengan harga yang lebih mudah. Anda boleh menunggu sehingga terdapat sale untuk kedai yang anda gemari seperti Vincci yang baru-baru ini menggadakan jualan sale besar-besaran dan kasut dijual dengan harga RM19, RM29, RM39! Berbaloi tak?

Tips

Selain itu, kurangkan perbelanjaan anda untuk barangan yang tidak diperlukan! Jangan beli sebab rasa macam nak tapi beli sebab anda memang memerlukan benda tersebut. Contohnya, anda masuk Guardian lepas tu ada sale makeup, tangan pun gatal nak membeli sebab harga yang murah tapi tanya diri anda, adakah anda memerlukan makeup lagi? Bila anda akan pakai makeup ni?

Tip Simpan Duit Demi Keluarga Yang Boleh Dibuat Tahun 2018 Ini

Mesti 90% mahasiswa dan mahasiswi sekarang yang menggunakan telefon pintar kan? Guna telefon pintar anda dengan bijak, anda boleh memuat turun aplikasi seperti Money Manager untuk membuat catatan mengenai penggunaan harian anda supaya anda boleh memastikan anda tidak berbelanja lebih. Jangan je ada yang malas nak masukkan maklumat dalam aplikasi tersebut. Daripada asyik scroll kat Twitter dan Facebook, buka la apps tu sekali dua kali sehari untuk masukkan maklumat perbelanjaan anda. Anda juga boleh mencari aplikasi yang memberi diskaun seperti Fave, Eatigo, Manis dan aplikasi cashback yang boleh membantu anda untuk mengurangkan perbelanjaan anda.

Bukan telefon pintar je yang perlu menjadi pintar, anda juga perlu pintar menguruskan kewangan anda! Anda dah baca semua tips ni jadi gunakan tips ni!Kepada semua pembaca sekalian. Adakah anda seorang ”STUDENT”? Jadi dalam artikel ini saya nak ajarkan macam mana kita nak cari duit poket sebagai “STUDENT”.

Perbelanjaan yang tinggi pada zaman ini membuat ramai pelajar berlumba -lumba mencari kerja sampingan. Pernah tertanya atau terfikir tak cara untuk menjana pendapatan sebagai pelajar? Hidup sebagai seorang pelajar ni susah sebenarnya kan?

Cara

Cara Jimat Duit Untuk Anak Muda

Walaupun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau MARA namun masih tak mencukupi untuk menampung perberlanjaan seharian terutama kepada pelajar yang belajar di IPTS berbanding pelajar yang belajar di IPTA.

Bagi pelajar yang mempunyai kereta boleh la membuat kereta sewa atau grab bila waktu “FREE” dari duduk parcel layan PUBG atau MOBILE LEGEND saja. Tak perlu jauh- jauh dari luar kawasan tetapi buat dekat- dekat je pun dah okey….. Itu pun sudah boleh menampung duit poket untuk makan..

Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT, boleh la mengambil upah untuk mengedit video, poster, membaiki laptop, komputer dan sebagainya. Dengan kemahiran IT yang ada ini, ianya dapat membantu pelajar mencari duit poket untuk kegunaan seharian. Pelajar boleh menggunakankemahiran yang ada itu sebagai satu latihan kepada diri sendiri sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Ke

Sudah menjadi trend masa kini untuk memulakan bisnes online bagi mencari duit poket. Hal ini kerana bisnes online tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa. Maka, ianya amat sesuai sebagai bisnes untuk “Student”, terutamanya untuk mereka yang ingin bekerja secara sambilan. Bagi “Student” yang baru nak berniaga, jangan nak mengada-ngada keluarkan modal besar untuk menyimpan stok kerana tanggungjawab utama anda adalah belajar. Jadi, anda tiada masa untuk menguruskan semua itu. Sebaiknya, anda memulakan bisnes online secara dropship dahuluserta jual barangan milik orang lain. Pada masa kini, terdapat banyak syarikat jualan yang membuka peluang dropship barangan mereka. Risikonya lebih rendah berbanding dengan bisnes sendiri tetapi dengan cara ini, anda berpeluang untuk menjana pendapatan lebih banyak.

Duit

Sudah menjadi lumrah manusia sebagai student U ni sebenarnya banyak habiskan duit untuk makanan. Sebagai student, cepat lapar merupakan perkara yang biasa apabila berada di U ni. Iyalah,